Connect with us

Mahkamah

Saya jual makanan untuk tanggung 3 anak, kata bekas isteri SM Faisal

Bekas isteri SM Faisal SM Nasimuddin Kamal, Emilia Hanafi, memberitahu Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, dia terpaksa bekerja sambilan sebagai penjual makanan serta melakukan kerja-kerja dekorasi rumah bagi menanggung perbelanjaan anak-anaknya selepas bergelar ibu tunggal.

Katanya dia memilih untuk bekerja sambilan kerana perlu menguruskan persekolahan tiga anak lelakinya yang berumur 17, 12 dan 10 tahun, termasuk menghantar dan mengambil mereka dari sekolah.

“Saya menanggung anak-anak dengan menjual makanan yang dimasak dari rumah,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh timbalan pendakwa raya Nur Aishah Ahmad Zakiuddin pada perbicaraan kes SM Faisal yang didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Emilia.

Saksi pendakwaan ketujuh itu berkata pekerjaan sambilan itu dilakukan untuk menanggung keluarga termasuk tiga anak lelakinya kerana nafkah interim RM2,000 yang diterima bagi setiap anaknya tidak mencukupi.

Advertisement

“Buat masa ini, saya bersama tiga anak menumpang di rumah ibu bapa saya,” katanya.

Emilia, 43, memberi keterangan selepas mahkamah membenarkan permohonan peguam Akberdin Abdul Kader yang mewakili SM Faisal untuk memanggil dia memberi keterangan walaupun pihak pendakwaan membantah.

Timbalan pendakwa raya Zahida Zakaria bagaimanapun memaklumkan kepada mahkamah, pihaknya akan memfailkan permohonan semakan undang-undang terhadap perintah mahkamah itu supaya Emilia memberi keterangan hari ini.

Sepatutnya, hari ini saksi pendakwaan keenam iaitu adik perempuan Emilia, Elisa Nani, disoal balas oleh peguam, namun Akberdin memohon supaya Emilia dipanggil untuk memberi keterangan terlebih dahulu kerana beliau saksi penting pendakwaan.

SM Faisal, 43, didakwa mencederakan Emilia di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields antara 12.30 tengah hari dan 4.30 petang pada 22 Nov 2015.

Advertisement

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan majistret Nadia Othman bersambung 28 Feb ini.

– Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel