Connect with us

Kemalangan

Suami Isteri Guru SMAP Kajang Maut, Anak Cedera Kemalangan Di LPT2

Sepasang suami isteri maut manakala tiga anaknya cedera selepas kenderaan yang dinaikinya terbabas.

Difahamkan, kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki telah terbabas di kilometer 274 dekat susur keluar Plaza Tol Cheneh, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), petang hari ini.

Mangsa, Arbain Baharudin, 47, dan isterinya, Rosmayati Bakar@Lalar, 48, yang merupakan guru Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK) dilapor maut di lokasi kejadian.

Kematian pasangan guru tersebut dipercayai berpunca daripada kecederaan parah pada bahagian badan.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, beliau dimaklumkan bahawa mangsa sekeluarga dalam perjalanan pulang ke kampung di Kampung Gelugor, Kerteh.

Kemalangan tersebut berlaku kira-kira 4 petang, selepas menghantar anak lelaki mereka di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila Toyota Estima yang dinaiki mereka dari arah Kuantan menghala ke Kuala Terengganu, tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan.

“Kenderaan tersebut kemudiannya turut berpusing beberapa kali ke arah kanan jalan sebelum terhenti di pembahagi lebuh raya,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Pasangan guru tersebut telah tercampak keluar dari kenderaan mereka
Tambahnya, kemalangan itu mengakibatkan pasangan guru SMAPK terbabit tercampak kira-kira lima hingga 10 meter dari kereta mereka.

Advertisement

Manakala, tiga anak mereka iaitu Farah Najwa (20), Fatin Najla (10) dan Faikal Nabila (8), masing-masing mengalami kecederaan pada tangan, kaki dan muka.

“Anak mangsa dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman untuk menerima rawatan manakala mayat mangsa dibawa ke unit forensik hospital sama untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kata Hanyan.

Kejadian kemalangan di LPT1 tahun lepas
Terdahulu, tiga maut manakala seorang lagi cedera apabila kenderaan dinaiki mereka dipercayai terbabas di Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu (LPT1).

Kenderaan berupa kereta model Kancil tersebut terbabas di Kilometer 165.8 arah barat, di Maran pada November tahun lepas.

Advertisement

Pihak bomba mendapat makluman mengenai kejadian tersebut pada 8.10 pagi. Ketika di lokasi kejadian, terdapat dua daripada mangsa yang maut didapati tersepit pada kenderaan terbabit.

Nahas tersebut telah meragut nyawa dua wanita dewasa dan seorang lelaki dewasa.

Sumber: Sinar Harian

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel