Connect with us

Terkini

Nenek tular dengan ayat ‘kalau aku hempuk nyawa kau karang’ meninggal dunia

Nenek yang tular dengan ayat ‘kalau aku hempuk nyawa kau karang, menggelupor nyawa kau karang’ diaporkan telah meninggal dunia, pagi kelmarin bersamaan dengan 10 Februari pada jam 11.30 pagi.

Pengumuman pemergian itu dibuat oleh cucunya sendiri iaitu Syukri Shaharudin di akaun TikTok miliknya pada hari yang sama pemergian Allahyarhammah.

“Nenek telah hembuskan nafas terakhirnya pada 11:30 pagi tadi. Minta doakan nenek ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman,” tulis muat naik video tersebut.

Menurut Syukri lagi, neneknya telah selamat dikebumikan selepas solat Asar pada semalam bersamaan dengan hari Jumaat.

Advertisement

“Nenek telah selamat dikebumikan selepas asar tadi. Alhamdulillah, semua urusan tadi dipermudahkan dan nenek pergi dengan tenang.

“Terima kasih warga tiktok kerana selalu doakan kesihatan nenek sebelum ini,” tulis pula kapsyen muat naik video berkenaan.

Perkongsian itu telah mendapat reaksi pelbagai dari penonton yang melihat video berkenaan. Ramai yang meninggalkan komen mendoakan kesejahteraan kepada pemergian nenek Syukri tersebut.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih dan menzahirkan ucapan takziah kepada Syukri.

“Terima kasih hiburkan kami nek, selamat pulang ke rahmatullah nek, kami sayang nenek,” tulis pengguna TikTok dikenali fayyadh Rayyan.

Advertisement

“Innalillahhiwainnailaihirojiun al-fatihah nenek, semoga ditempatkan dikalangan orang beriman,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Salam takziah, Al fatihah. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” tulis seorang lagi pengguna media sosial yang mendoakan kepergian nenek tersebut.

“Ayat nenek menghiburkan betul, moga roh nenek ditempatkan di kalangan orang beriman,” tulis seorang lagi pengguna TikTok, Nazriey Halim.

“Al Fatihah nenek…. nenek memang penghibur kami. Syurga buatmu nenek,” tulis seorang lagi yang menjadi pengikut setia menonton video telatah nenek tersebut.

Syukri sebelum ini kerap memuat naik video bersama neneknya itu yang terkenal dengan ayat ‘kalau aku hempuk nyawa kau karang, menggelupor nyawa kau karang’ dalam kalangan netizen.

Advertisement
@malaysianupdatenews Nenek tular dengan ayat ‘kalau aku hempuk nyawa kau karang’ meninggal dunia.😢 #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trending #trendingnewsmalaysia #videoviral #fyp ♬ original sound – ahmadfirdausdin – Ahmad Firdaus bin Din

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel