Connect with us

Politik

Tun Mahathir bersama 12 Ahli Umum Keluar PEJUANG

Mantan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad keluar parti tersebut bersama 12 ahli yang lain.

Perkara ini diumumkan menerusi satu notis yang ditujukan kepada Setiausaha Agung Pejuang, Datuk Amiruddin Hamzah.

Difahamkan, keputusan itu dibuat susulan tindakan parti tersebut memutuskan hubungan dengan gabungan parti politiK, Gerakan Tanah Air (GTA).

“Keputusan Pejuang memutus hubungan dengan GTA secara langsung menyingkir kami daripada kekal sebagai ahli apabila kami bertindak meneruskan perjuangan di atas landasan GTA.

Advertisement

“Bagi kami matlamat perjuangan GTA adalah untuk menyatupadukan parti-parti Melayu, badan-badan bukan kerajaan dan juga orang perseorangan yang berprinsip dan berpegang kepada perjuangan untuk membela agama, bangsa dan tanah air.

“Di atas kesedaran ini, kami memilih untuk meneruskan perjuangan itu melalui GTA,” menurut notis berkenaan yang ditandatangani 13 ahli Pejuang.

Notis itu telah dimuat naik oleh bekas Timbalan Presiden Pejuang, Datuk Marzuki Yahya menerusi laman Facebooknya.

Beliau juga menandatangani notis berkenaan bersama 12 ahli lain termasuk Manta Perdana Menteri sebanyak dua kali itu. Untuk makluman, Pejuang ditubuhkan oleh Tun Mahathir Mohamad pada Ogos 2020.

Advertisement

Beliau kemudian telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi parti tersebut pada Disember tahun lepas.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu dikatakan masih lagi kekal sebagai Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) dan perkara tersebut disahkan oleh sumber dari parti itu.

“Dr Mahathir letak jawatan Pengerusi Pejuang, kekal sebagai Pengerusi GTA,” kata sumber berkenaan kepada Sinar Harian.

Namun Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) disahkan keluar secara rasmi dari Gerakan Tanah Air (GTA) pada 14 Januari 2023.

Menurut Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, keputusan tersebut bertujuan untuk memperkukuhkan parti berkenaan.

Advertisement

“Perwakilan yang hadir pada Mesyuarat Agung membuat keputusan supaya Pejuang berundur dari GTA.

“Kita berundur secara terhormat dari GTA, banyak perkara perlu dilakukan dalam Pejuang sebelum betul-betul kita dapat memberi nilai tambah dalam mana-mana gabungan,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel