14 Ahli ‘Ayahanda Yie Tiger 99’ Kekal Dipenjara Lima Tahun

PUTRAJAYA, 14 Feb (Bernama) — Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas 14 lelaki termasuk seorang bekas atlet Muay Thai negara kerana menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ‘Ayahanda Yie Tiger 99’.

Ia berikutan panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hanipah Farikullah sebulat suara menolak rayuan pendakwaan terhadap hukuman penjara itu serta memutuskan bahawa tiada alasan untuk mahkamah mengubah atau mencampuri keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Mac 2021 dan Mac 2022.

“Setelah membaca dan mendengar hujahan lisan, kami mendapati Hakim Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf dalam keputusan beliau. Kami juga mendapati hakim berkenaan telah memperincikan faktor-faktor dalam menjatuhkan hukuman lima tahun, termasuk mengambil kira faktor kepentingan awam.

“Sehubungan itu, rayuan ditolak dan hukuman penjara lima tahun dari tarikh tangkap dikekalkan,” kata hakim itu yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Supang Lian dan Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin.

Advertisement

Kesemua tertuduh dengan tangan bergari, yang berada di dalam kandang tertuduh, kelihatan sebak sambil mengucapkan “Alhamdullilah” sejurus hukuman dibacakan.

Kesemua 14 tertuduh itu ialah Mohd Faizal Ramli (bekas Atlet Muay Thai negara di Sukan SEA Myanmar), Mohamad Japri Abu Samah, Astro Jakaria, Nuriasbat Mohd Maamon, Edi Narsuna Nizar, Muhammad Faris Yusoff, Muhamad Fakhrurazi Ali, Mohamad Sharfiq Mohamed Ali, Mohamad Noor Helmie Zanal Abidin, W Mohd Ihsan W Razali@W Husin, Rustam Tanni, Azukismi Che Abdullah, Nik Arzahar Nik Mat serta Masyre Mohamed Narizan yang berusia antara 27 hingga 46 tahun.

Kesemua mereka yang ditahan pada 2020, 2021 dan 2022, mengaku bersalah atas dakwaan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ‘Ayahanda Yie Tiger 99’ di sebuah premis di Jalan Sentul, Pandamaran, Pelabuhan Klang, antara Mei 2017 hingga 22 Jan 2020.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aznee Salmie Ahmad dan Khairul Aisamuddin Abdul Rahman manakala peguam S.Sathyaimi Abdul Kadir, S.Sathya, Lee Win Xu, A.Komathi, Izzat Irfan Taib, Zaleha Hayat, Lailawati Husain dan Fazilawati Hussain mewakili kesemua individu terbabit.

Advertisement

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

18 mins ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

23 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago