Connect with us

Hiburan

Tak Sangka Rupanya Pak Ya Ada Kembar Seiras

Pelakon dan pelawak terkenal, Ilya Buang Shaharum bukanlah individu asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Bakatnya dalam dunia hiburan mula terserlah sejak pertengahan zaman 90-an lagi menerusi satu program realiti televisyen TV3 iaitu Sinaran Pasport Kegemilangan.

Selepas menjuarai pertandingan tersebut, beliau telah mengetuai kumpulan lawak lagenda yang dikenali sebagai Senario.

Ilya atau lebih dikenali sebagai Pakya semakin menyinar dalam dunia lawak apabila beliau menyertai kumpulan Sepahtu dalam Maharaja Lawak Mega pada tahun 2014.

Advertisement

Walaupun nama Pakya semakin popular, tetapi ternyata masih ramai orang tidak mengetahui bahawa pelawak berusia 55 tahun itu mempunyai saudara kembar.

Rupanya lelaki yang memiliki wajah seiras Pakya itu adalah abang kembarnya sendiri yang dikenali sebagai Yang Sharkawi Shaharum.

“Ada orang bertanya, sukar atau tidak memiliki kembar dan mungkinkah isteri pernah tertukar suami mereka? Bagi saya tidak, kerana kami mengenali pasangan sebelum berkahwin,”

Demikian kata-kata pelakon dan pelawak, Illya Buang Shaharum yang berkongsi ‘kebahagiaan’ kerana memiliki kembar seiras, Yang Sharkawi.

“Meskipun kembar, isteri kami belum pernah tertukar kerana masing-masing sudah mengenali pasangan,” katanya.

Advertisement

” Abang saya lebih bijak sehinggalah dia bergelar guru manakala saya cenderung dalam dunia seni kerana menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan pada 1995 bersama Wahid dan Hamdan,” katanya lagi.

Illya yang juga anak keempat daripada lapan beradik berkata, dia dan abangnya memiliki minat sama iaitu berlakon, menari serta menyanyi.

“Kami pernah menjalani uji bakat lakonan di Kuala Lumpur ketika remaja, tetapi gagal. Kami juga menceburkan diri di pentas teater bangsawan arahan Allahyarham Onie Moraza.

” Abang saya mengutamakan pendidikan maka terpisahlah kami mengikut karier masing-masing. Oleh kerana tiada kelulusan, saya memberi tumpuan sebagai artis,” katanya memulakan langkah sebagai penari separuh masa di Jabatan Kebudayaan dan k3senian Negara (JKKN) Negeri Perak.

Pak Ya berkata, ketika dia layak ke peringkat akhir Sinaran Pasport Kegemilangan,Pak Ya berkata abangnya juga dibawa bersama menjayakan rancangan realiti berkenaan.

Advertisement

“Pada masa itu seluruh Malaysia keIiru mana satu saya, mana satu abang. Bukan itu saja, ibu kami yang menyaksikan melalui televisyen juga tidak mengec4m mana satu anak ketiga dan keempatnya,” katanya ketawa.

@malaysianupdatenews Yang mana satu Pak Ya ni? 🤔😂 #malaysianupdate #videoviral #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #fypシ #sembangentertainment ♬ original sound – ♪ ♪ ♪

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial tidak menyangka bahawa Pakya mempunyai kembar. Selain itu, tidak kurang juga netizen yang berseloroh mengenai kembar pelawak tersebut.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel