Connect with us

Politik

‘Apa salahnya kerajaan benarkan pengeluaran KWSP untuk bantu ringankan beban rakyat’ – Muhyiddin Yassin

Bekas perdana menteri kelapan, Muhyiddin Yassin berkata, tiada salahnya jika kerajaan meluluskan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar jika itu yang dimahukan oleh rakyat.

Menurut Ahli Parlimen Pagoh berkenaan, kerajaan sepatutnya mendengar suara rakyat yang meminta bantuan dan memajukan ekonomi dan memelihara kebajikan rakyat.

“Itu tugas kerajaan, dengarlah suara rakyat yang mahu pembelaan. Apa salahnya kerajaan mempertimbangkan pengeluaran KWSP secara bersasar sekiranya itu adalah kehendak rakyat bagi membantu meringankan beban mereka di kala susah ini.

“Begitu juga dengan moratorium pinjaman bank, mereka terus membuat untung walaupun ketika negara berhadapan dengan krisis terutamanya pandemik Covid-19.

Advertisement

“Bank-bank juga patut turut sama membantu rakyat dengan melaksanakan semula moratorium bayaran balik pinjaman secara bersasar bagi tempoh tertentu untuk meringankan beban rakyat akibat kesan inflasi dan kenaikan OPR,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Tambahnya lagi, kerajaan yang sudah berusia hampir tiga bulan ini masih belum ada usaha untuk mengatasi masalah kenaikan kos sara hidup rakyat.

“Kita dengar menteri kata, kalau harga ayam mahal, jangan makan ayam. Kalau harga telur mahal, jangan makan telur. Ini bukanlah sesuatu yang rakyat harapkan daripada kerajaan.

“Yang rakyat nak adalah tindakan kerajaan sama ada daripada segi dasar, inisiatif tertentu untuk meningkatkan pendapatan mereka, menyalurkan bantuan kepadas golongan yang memerlukan serta memastikan bekalan barangan keperluan asas mencukupi dan dijual pada harga yang munasabah,” katanya.

@malaysianupdatenews ‘Apa salahnya kerajaan benarkan pengeluaran KWSP untuk bantu ringankan beban rakyat’ – Muhyiddin Yassin #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #fypシ ♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel