Jadi mualaf, netizen sambut pernikahan bintang ‘One Championship’, Rodtang Jitmuangnon: “Alhamdulillah”

Petarung One Championship, yang dikenali sebagai ‘Iron Man’ iaitu Rodtang Jitmuangnon dilaporkan telah memeluk Islam dan berkahwin dengan kekasih hatinya, Aida Lookaikongdin.

Apa yang menariknya, Rodtang Jitmuangnon dilihat di majlis perkahwinan itu dengan memakai jubah putih dan berkopiah hitam seperti yang biasa dipakai oleh umat Islam di Selatan Thailand.

Rodtang Jitmuangnon yang sebelum ini seorang beragama Buddha, kini telah sah memeluk agama Islam.

Berita perkahwinan Rodtang Jitmuangnon menjadi bualan hangat netizen selepas pemenang One Championship itu memuat naik video perkahwinannya dengan Aida Lookaikongdin.

Advertisement

Dalam video yang hanya berdurasi beberapa saat itu, Rodtang Jitmuangnon dilihat bahagia bersama Aida Lookaikongdin.

Isteri Rodtang, Aida Lookaikongdin yang memang seorang Muslim dilihat ayu dengan memakai jubah labuh dan bertudung.

“Love is in the air. Congratulations to Rodtang Jitmuangnon and Aida Looksaikongdin!” tulis @onechampionship mengucapkan selamat untuk pernikahan tersebut.

Selepas video tersebut menjadi tular,ramai peminat Rodtang yang memberikan komen kerana tertarik dengan pakaian yang dikenakan oleh Juara dunia One Flyweight Muay Thai tersebut.

“He is muslim?,” @matin_abdukhamitov.

Advertisement

“He’s originally a Buddist but since he married Aida who is a muslim….he converted” @pablochollo

Difahamkan isteri Rodtang juga merupakan seorang atlet Muay Thai berusia 21 tahun.

Rodtang juga kini dilaporkan sedang membuat persiapan untuk perlawanan kejuaraannya menentang Edgar Tabares untuk kelas Flyweight Muay Thai.

@malaysianupdatenews Alhamdulillah, tahniah Rodtang. #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #sembangentertainment #fyp #fypシ #rodtang #rodtangjitmuangnon ♬ original sound – Eda Ezrin
@malaysianupdatenews Berani dia dengan Rodtang😂 #malaysianupdate #videoviral #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #fypシ ♬ original sound – Wan Norazreen

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Hail Amir Meninggal Dunia Di HKL

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Penyanyi dan pelakon veteran Datuk Abdul Hail Amir meninggal… Read More

3 hours ago

‘Bila ibu ibu naik angin, rasain lo!’ – sekumpulan wanita mengamuk robohkan rumah perogol kanak-kanak perempuan

Sekumpulan wanita mengamuk dan melepaskan kemarahan dengan merobohkan rumah suspek perogol kanak-kanak perempuan bawah umur.… Read More

8 hours ago

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

23 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

1 day ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

1 day ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 days ago