Connect with us

Kemalangan

Kanak-kanak enam tahun maut jatuh longkang

RAWANG: Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, yang dihanyutkan air deras selepas terjatuh ke dalam sebuah longkah di kawasan perumahan di Taman Pelangi, Rawang ditemukan kira-kira 7.45 petang semalam.

Komander Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang Abdul Latif Mat Noor berkata Muhammad Adam Fahmi Mohd Hizlan ditemukan di sungai berhampiran pusat servis kereta Toyota Rawang, oleh penduduk sekitar yang menyertai operasi terbabit.

Terdahulu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 6.19 petang semalam.

Beliau berkata dua buah jentera dengan kekuatan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang telah digerakkan ke lokasi dan tiba kira-kira empat minit kemudian.

Advertisement

Sementara itu, bapa kepada Muhammad Adam, Mohd Hizlan Muhd Azemi berkata beliau bersama penduduk sekitar terus mencari anaknya sebaik dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu.

“Saya memang ada di rumah semasa kejadian. Saya dimaklumkan anak saya tergelincir sebelum terjatuh (ke dalam longkang). Beberapa rakannya yang ada di tempat kejadian cuba membantu tetapi keadaan air longkang yang deras mengakibatkan anak saya dihanyutkan ke sungai berhampiran,” katanya kepada Bernama.

Seorang daripada kira-kira 10 orang penduduk yang menjumpai mayat Muhammad Adam, Muhd Suhaimi Sulaiman berkata mayat kanak-kanak itu ditemukan terapung berhampiran sebatang pokok yang hanyut di dalam sungai berkenaan. – Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel