Seorang bapa di Sumatera Selatan, Indonesia tergamak memperkosa anak perempuan tirinya sehingga hamil enam bulan. Malah dia juga mengancam akan membunuhnya jika mangsa enggan melayani nafsu serakahnya.
Ialah Roy Irawan, 40, mengaku sudah melakukan perbuatan terkutuk itu sebanyak tiga kali sejak Julai 2022 atau lebih tepat pada Julai, Ogos dan Disember 2022.
Roy didakwa melakukan perbuatan itu di rumahnya ketika isterinya keluar. Roy juga mengaku isterinya tidak lagi mahu memilik keturunan menyebabkan Roy memilih melampiaskan nafsunya ke atas mangsa.
Perkara itu terbongkar selepas mangsa mengadu sakit perut dan mengalami mual, lalu dibawa ibunya ke klinik berhampiran untuk menjalani pemeriksaan sebelum disahkan hamil enam bulan.
Di situ, mangsa yang berusia 17 tahun berkenaan mengaku dia telah diperkosa oleh bapa tirinya.
Terkejut dengan pengakuan mangsa, ibunya terus membuat laporan polis. Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan Roy untuk siasatan lanjut.
Video pengakuan Roy turut didedahkan kepada umum di mana lelaki itu mengakui telah memperkosa mangsa sebanyak tiga kali, termasuk atas permintaan mangsa untuk melakukan perkara itu.
“Sudah tiga kali (perkosa) dan terkadang dia (mangsa) yang meminta untuk melakukan persetubuhan dengan berkata, ‘Ayah, saya teringin’.”
“Tak pernah dapat, isteri tak nak bagi (hubungan kelamin) kerana dia tidak mahu memiliki keturunan lagi. Maka di situ saya melampiaskan (nafsu pada anak tiri).”
Roy akan didakwa di mahkamah mengikut akta perlindungan kanak-kanak yang memperuntukkan hukuman penjara selama 15 tahun.
@malaysianupdatenews Isteri tak nak zuriat, enggan bagi nafkah batin, Bapa mengaku perkosa anak tiri sehingga hamil 6 bulan. #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #fypシ #global ♬ suara asli – Imron FullHD – ImranfullHD
Sumber: Indo Zone
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI
Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.