Tak Pernah Beri Bella Makan Cili, Najis Dan Simbah Air Panas – Siti Bainun Nurhanis

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) — Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa kejadian remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella disuruh makan cili dan najis selain diikat, disimbah air panas serta ditekap dengan kuali panas tidak pernah berlaku.

Siti Bainun, 31, berkata tuduhan yang dibuat oleh bekas penghuni rumah kebajikan itu, Yasmin Nahar Mahmood terhadapnya semasa saksi pendakwaan kelima itu memberi keterangan di mahkamah adalah tidak benar.

“Seingat saya, Yasmin semasa menjadi saksi beritahu mahkamah kononnya saya suruh dia ikat Bella setiap masa, suruh bagi cili, makan najis, simbah air panas, tekap kuali panas dan marah-marah. Sememangnya tiada keperluan untuk saya berbuat begitu kepada Bella,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa disoal peguamnya, Mohammad Farhan Maaruf ketika membela diri atas pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja berumur 13 tahun itu.

Advertisement

Siti Bainun berkata dia juga tidak pernah mengarahkan Yasmin dan seorang lagi bekas penghuni Rumah Bonda dikenali sebagai Aida supaya menganiaya Bella atau menyuruh mereka menyimbah air panas terhadap remaja perempuan itu kerana Bella tidak pernah sekalipun menyusahkannya.

Pada prosiding sebelum ini, Yasmin memberitahu mahkamah bahawa Siti Bainun memberi Bella makan 20 biji cili padi, mengugut akan menyimbah air panas ke atas Bella serta mengarahkannya dan Aida memegang Bella serta memaksa remaja itu melutut.

Disoal Mohammad Farhan mengenai keterangan Yasmin mengenai arahan memberi Bella makan cili, Siti Bainun menjawab sepanjang pengetahuannya perkara tersebut tidak pernah berlaku terhadap anak-anak jagaannya.

“Saya tidak pernah buat apa-apa kepada sesiapa pun, walaupun dalam banyak-banyak orang dalam rumah itu, Yasmin yang banyak memeningkan kepala saya setiap hari,” katanya.

Siti Bainun diperintah membela diri atas pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja itu, sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Advertisement

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung petang ini.

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

3 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago