Connect with us

Terkini

Pengguna TikTok ditahan, Azam Baki tidak ampunkan individu burukkan reputasi SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang pengguna TikTok, semalam kerana mendakwa suruhanjaya itu menawarkan RM10 juta kepada bekas Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang ditahan baru-baru ini.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki menjelaskan, pihaknya telah memanggil individu berkenaan dan menahannya di pejabat SPRM Putrajaya pada jam 3.30 petang Rabu.

Lelaki itu ditahan mengikut Akta SPRM 2009 kerana mengganggu siasatan.

“Kita telah ambil tindakan siasatan terhadap orang ini, dan semalam dia telah ditahan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM di sini pada Khamis.

Advertisement

Tegas Azam lagi, perbuatan individu berkenaan tidak boleh dimaafkan kerana membuat tuduhan yang telah merosakkan reputasi SPRM.

“Walaupun dia telah membuat permohonan maaf di Facebooknya, namun saya tegaskan sekali lagi, saya secara peribadi tidak ampunkan orang begini yang merosakkan reputasi SPRM dengan membuat tuduhan liar.

“Kalau nak cakap secara gurau, mana saya nak ambik RM10 juta dan beri kepada Wan Saiful Wan Jan?

“Akibat daripada kenyataannya itu, ia telah menimbulkan satu spekulasi yang amat tidak baik kepada SPRM dan benda ini tidak boleh dipadamkan,” ujarnya.
Malah, masih ramai masih mempercayai kenyataan tidak benar dibuat lelaki berkenaan.

@malaysianupdatenews Dia main celup camtu je 🤣🤣 #malaysianupdate #videoviral #trending #fyp #fypシ ♬ kucing mampus – Kxcingg

Sumber: Astro Awani

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel