Connect with us

Terkini

Siasatan Kes Sarjan Maut Dengan Tiga Kesan Tembakan Selesai, Tiada Unsur Jenayah – Polis

Siasatan terperinci yang dijalankan berhubung kejadian seorang anggota polis berpangkat sarjan yang ditemukan meninggal dunia dengan tiga kesan tembakan di kawasan belakang Balai Polis Bayan Lepas, George Town pada 19 Feb lepas tiada unsur jenayah.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata berdasarkan laporan bedah siasat ke atas sarjan itu dan juga lawatan patologi ke tempat kejadian mendapati, ia konsisten dengan dapatan pertama siasatan iaitu ia adalah tindakan bunuh diri.

“Kita dah jalankan siasatan secara terperinci dan dah tengok daripada unsur jenayah memang tiada (kes itu), kesan bedah siasat dan juga lawatan patologi ke tempat kejadian juga konsisten dengan dapatan pertama kita, bahawa ia adalah tindakan bunuh diri.

“Saya rasa kes ini tidak ada lagi spekulasi, sama ada ia ada elemen jenayah dan sebagainya…siasatan kita di situ sahaja (bunuh diri) dan seterusnya kami akan hantar (laporan lengkap) untuk mohon inkues,” katanya kepada pemberita hari ini.

Advertisement

Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, sepucuk pistol turut ditemukan pada mayat mangsa berusia 51 tahun, yang bertugas di balai berkenaan dengan kesan tembakan pada leher, dada dan kepala.

Mengulas lanjut, Mohd Shuhaily berkata tiada sesiapa atau anggota polis yang sedang bertugas semasa kejadian itu, melihat atau nampak insiden tersebut namun ada dalam kalangan mereka yang mendengar bunyi tembakan tersebut.

Beliau berkata anggota polis yang mendengar bunyi tembakan itu terus ke lokasi, untuk melihat sebelum mendapati sarjan tersebut telah meninggal dunia.

“Kawasan tempat kejadian itu tiada kamera litar tertutup (CCTV) di situ dan semasa kejadian, memang tiada sesiapa yang nampak namun ada yang mendengar tembak dan terus ke lokasi, sebelum mendapati mangsa telah meninggal dunia.

“Kami telah panggil tiga anggota polis untuk direkodkan keterangan bagi bantu siasatan kes itu dan setakat ini memang tiada elemen jenayah setakat ini,” katanya.

Advertisement

Mohd Shuhaily berkata sarjan tersebut merupakan seorang yang mesra dan menyenangkan, malah mengikut anggota polis di bawahnya juga mereka,beliau seorang yang mudah bekerjasama serta senang bekerja.

— BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel