Connect with us

Global

Tidak Pulang Selepas Kelas Mengaji, Dua Wanita Ditemui Mati & Disimen

Mayat dua orang wanita ditemui di disimen di bawah tangga di sebuah rumah di Bekasi, Jawa Barat pada Isnin lepas.

Menurut laporan media tempatan, kedua-dua mangsa yang masing-masing berusia 47 dan 48 tahun tidak pulang ke rumah selepas habis kelas mengaji Al-Quran, pada Ahad.

Curiga kerana lambat pulang, suami salah seorang mangsa kemudian bertindak mengesan isterinya menerusi GPS yang ada pada telefon bimbit.

Suami mangsa kemudian mendapati lokasi terakhir isterinya berada di rumah tersebut dan bergegas ke sana. Dia kemudian menemui satu kawasan baru disimen di bawah tangga rumah berkenaan.

Advertisement

Menyedari ada sesuatu yang tidak kena, lelaki berkenaan bertindak mengorek simen berkenaan sebelum membuat penemuan yang mengejutkan.

Mayat isterinya bersama seorang wanita lain, dipercayai rakan isterinya ditemui kaku dalam bancuhan simen dibawah tangga tersebut.

Dia kemudian menemui seorang lelaki yang sedang kritikal dan berlumuran darah dengan hirisan di pergelangan tangan. Lelaki tersebut kemudian dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia.

Pihak polis mengesahkan lelaki tersebut merupakan penyewa rumah berkenaan dan merupakan suspek utama pembunuhan.

Suami salah seorang mangsa mengesahkan lelaki tersebut merupakan sahabat baiknya yang dianggap seperti keluarga.

Advertisement

Detik-detik terakhir keberadaan dua wanita berkenaan di sekitar lokasi mayat mereka ditemui turut berjaya dirakam CCTV berdekatan. Setakat ini, CCTV itu merakam kedua-dua mangsa memasuki rumah berkenaan sebelum dibunuh.

Memetik laporan Detik, kedua-dua mangsa tiba di rumah tersebut dengan menunggang motosikal. Mereka kemudian meninggalkan motosikal tersebut di luar dan berjalan kaki menuju perkarangan rumah lelaki terbabit.

Berdasarkan rakaman CCTV itu lagi, suspek tiba lebih awal di rumah berkenaan dari luar. Dia kemudian dirakam menyambut kehadiran kedua-dua mangsa dan membuka pagar pintu rumahnya.

Tidak lama selepas itu, lelaki tersebut yang dilihat masih mengenakan topi keledar, didapati keluar dari pintu pagar dan membawa masuk motosikal mangsa ke rumahnya.

Polis turut menemui beberapa resit pembelian bahan bancuhan simen seperti batu kerikil dan pasir di rumah berkenaan. Semakan ke atas CCTV juga mendapati kehadiran sebuah lori kecil yang menghantar bahan berkenaan ke rumah tersebut.

Advertisement

Dipercayai, kehadiran 2 wanita itu ke rumah suspek yang juga seorang lelaki itu adalah untuk menagih hutang.

Suspek turut dilaporkan berada di dalam rumah tersebut namun dalam keadaan nyawa-nyawa ikan apabila mencuba untuk membunuh diri dengan memotong urat nadi.

Namun, suspek meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital.

@malaysianupdatenews Tidak Pulang Selepas Kelas Mengaji, Dua Wanita Ditemui Mati & Disimen 😳 #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trending #fyp #fypシ ♬ original sound – MdJhon – mdJhon

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel