Connect with us

Kemalangan

Mayat Wanita Ditemukan Dalam Perodua Myvi, Dipercayai Dihanyut Arus Deras Banjir Di Mersing

MERSING — Mayat seorang wanita ditemukan dalam sebuah kereta Perodua Myvi malam ini, dipercayai hanyut dibawa arus deras di Jalan Nitar Utama di sini, pagi tadi.

Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Johor Penolong Pesuruhjaya Bomba Mohd Rizal Buang berkata mayat wanita berkenaan ditemukan dalam kereta itu pada pukul 10.19 malam ini, selepas keretanya ditemukan pada 6.55 petang tadi.

Beliau berkata kereta berwarna kelabu milik mangsa berjaya dibawa keluar dengan menggunakan peralatan “vehicle rockery system”, yang mengambil masa kira-kira 40 minit berikutan berdepan kesukaran akibat pokok-pokok yang menghalang.

“Kita berjaya menemukan mangsa setelah kereta berkenaan dibawa naik sebelum menyerahkannya kepada pihak polis pada 10.22 malam untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan malam ini.

Advertisement

Terdahulu, kereta mangsa ditemui oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dalam keadaan terbalik pada jarak 15 meter daripada lokasi dia dilaporkan hilang.

BACA: Mayat Pelajar Hilang Selama 47 Tahun Ditemui Dalam Sungai
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani mengesahkan penemuan mayat wanita itu, yang dipercayai pemandu Perodua Myvi yang dilaporkan hilang pagi tadi.

”Mayat dibawa ke Unit Forensik, Hospital Mersing untuk proses bedah siasat dan pengecaman oleh ahli keluarga. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam satu kenyataan berasingan, malam ini.

Pada kejadian kira-kira 6.49 pagi itu, mangsa yang berusia 23 tahun itu, dipercayai dalam perjalanan dari Mersing ke Kluang dan memandu di jalan raya yang telah dinaiki air sebelum dihanyutkan arus bersama-sama kereta yang dipandunya.

Sumber: BERNAMA

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel