Connect with us

Terkini

Aku sula juga bapak dia ni kang!

Tular melalui aplikasi TikTok yang dikongsikan oleh sukarelawan yang dikenali sebagai Abbe Hae, memaparkan seorang anak kecil dibiarkan tidur dengan beralaskan kotak di tepi jalan pada waktu malam.

Abbe Hae mengecam tindakan penjaga kepada kanak-kanak itu yang sewenang-wenangnya meninggalkan dan membiarkan kanak-kanak itu tidur keseorangan.

Apabila ditanyakan tentang penjaga kanak-kanak itu, ada beberapa orang wanita menjawab ibunya berada di hospital, manakala bapanya sedang memancing ikan di tempat lain.

Abbe Hae yang merupakan sukarelawan bagi Pertubuhan Jejak Jalanan, meluahkan rasa geram dengan tindakan si bapa dan menegaskan dia sendiri akan membawa kanak-kanak itu pulang ke rumah jika tiada sesiapa yangg membawa kanak-kanak itu pulang.

Advertisement

“Aku sulaa juga bapak dia ni kang. Pergi mancing tinggalkan anak dia macam ni,” kata Abbe Hae.

Mujur ketika itu ada seorang wanita yang sudi membawa balik kanak-kanak itu pulang ke rumahnya.

Netizen mengecam tindakan bapa kanak-kanak itu yang tergamak membiarkan anaknya keseorangan yang berisiko menjadi mangsa culik pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Anak tak boleh pilih ibu bapanya, tapi ibu bapa boleh pilih untuk jadi ibu bapa yang baik untuk anak-anak atau tidak. Semoga anak ini sentiasa dalam jagaan dan lindungan Allah,” kata Adek_abang99.

“Adui kesian anak dibiarkan gitu. Terima kasih tuan kerana prihatin. Semoga diberikan kesihatan selalu,” tulis Billy The Kid.

Advertisement
@abbehae Ya Allah Kau aturkanlah hidup anak yang putih bersih ini mengikut acuanMu.. #abbehae #jejakjalanan #jagahakAllah ♬ Instrumen Sedih Renungan – JUL MARUF

Sumber: TikTok Abbehae

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel