Connect with us

Politik

Polis Rampas Bungkusan Tiub Ubat Gigi Ekstrak Ganja Dialamatkan Kepada Dua Ahli Politik

PUTRAJAYA, 13 Mac (Bernama) — Polis Sepang merampas bungkusan disyaki ubat gigi ekstrak daun ganja yang dialamatkan kepada dua ahli politik di sebuah syarikat kurier di Pulau Meranti, dekat sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof ,berkata rampasan itu dilakukan susulan maklumat daripada laporan seorang petugas pejabat kerajaan di sini yang menerima panggilan memaklumkan ada satu bungkusan atas nama dua ahli politik tersebut.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, disyaki bungkusan itu mengandungi barang terlarang dan pada minggu lepas juga pejabat kerajaan tersebut menerima satu bungkusan yang mengandungi daun ganja ,” katanya menerusi kenyataan malam ini.

Susulan itu, katanya, polis telah pergi ke hab kurier berkenaan dan merampas barang kes iaitu tiub ubat gigi dengan bercorak daun ganja yang tertera tulisan ‘Happy Green’ yang ditemui dalam satu bungkusan kotak berwarna coklat.

Advertisement

Beliau berkata semakan polis mendapati barang tersebut dibeli pengirim melalui platform Shopee beralamat di Indonesia.

“Siasatan mendapati barang yang dirampas tidak mempunyai kaitan dengan penama yang dialamatkan. Siasatan lanjut diteruskan,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel