Connect with us

Mahkamah

“Datuk Roy” Dibebas Dengan Jaminan SPRM

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) — Seorang ahli perniagaan dikenali sebagai “Datuk Roy” yang direman tiga hari bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan program Jana Wibawa, dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Peguam Fahmi Abd Moin memberitahu pemberita bahawa Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim membebaskan individu berusia 54 tahun itu selepas pihak SPRM tidak mengemukakan permohonan untuk lanjutan reman.

“Anak guam saya akan dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya esok bagi permohonan reman untuk kes lain,” kata peguam itu.

Pada Isnin lepas, lelaki itu telah menyerah diri di pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 2.30 petang, sebelum direman selama tiga hari bermula Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 atas kesalahan menerima rasuah.

Advertisement

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel