Connect with us

Mahkamah

MonSpace menang saman, MP Kepong diarahkan bayar gantirugi RM2 juta

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng, membayar RM2 juta kepada pengasas MonSpace (M) Sdn Bhd Datuk Seri Jessy Lai Cha Suang dan kepada syarikat itu, kerana memfitnah.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas membenarkan saman oleh Lai dan MonSpace sebagai plaintif terhadap Lim, sebagai defendan.

Hakim Akhtar memerintahkan defendan membayar sejumlah RM500,000 dan RM1 juta, masing-masing kepada Lai dan syarikat, serta ganti rugi teruk sebanyak RM500,000 kepada kedua-dua plaintif selain kos RM250,000.

Hakim juga memerintahkan defendan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka di semua akhbar vernakular serta media sosial dalam tempoh tujuh hari, selepas penghakiman disempurnakan.

Advertisement

Dalam penghakiman ringkasnya, Hakim Akhtar berkata mahkamah mendapati pihak plaintif telah membuktikan tuntutan mereka terhadap defendan kerana fitnah dan kenyataannya juga telah mencemarkan imej dan reputasi plaintif.

Hakim berkata dalam pernyataan tuntutan, plaintif telah menyebut lima contoh dalam kenyataan yang dibuat oleh defendan yang didakwa sebagai fitnah.

Beliau berkata defendan tidak menafikan telah membuat kenyataan mahupun penerbitan itu dan juga jelas daripada kenyataan tersebut, bahawa ia merujuk kepada kedua-dua plaintif.

“Kenyataan itu jelas membayangkan bahawa plaintif telah merasuah pegawai kanan kerajaan dan menjalankan aktiviti haram serta menipu 19 warga China,” katanya ketika menyampaikan keputusan itu hari ini menerusi Zoom.

Hakim Akhtar juga menegaskan bahawa defendan sepatutnya berhenti selepas membuat laporan yang diperlukan kepada agensi penguatkuasaan, bagi mereka melakukan siasatan sepenuhnya dakwaan itu.

Advertisement

“Sebaliknya, pada pandangan mahkamah, defendan telah melangkaui tugasnya, bukan sahaja sebagai Ahli Parlimen, malah sebagai seorang individu dan bertindak seperti vigilante terhadap plaintif dalam membuat dakwaan ini. Defendan sepatutnya mengesahkan fakta sebelum membuat pertuduhan yang serius itu. Dalam kes ini, defendan tidak memanggil mana-mana saksi yang didakwa sebagai sumber maklumatnya.

“Sebagai Ahli Parlimen, menjadi tugasnya untuk mengesahkan maklumat, bukan sahaja sebagai Ahli Parlimen, malah sebagai orang biasa anda mesti mengesahkan maklumat,” katanya.

Akhtar berkata mahkamah turut mengambil maklum bahawa defendan telah bersama 19 warga China itu untuk mengadakan protes terhadap plaintif.

“Ini juga tidak wajar…defendan diberi peluang untuk menebus dirinya dan semasa pengurusan kes ini, plaintif hanya meminta permohonan maaf dibuat, tetapi defendan gagal untuk berbuat demikian,” katanya lagi.

Dalam saman yang difailkan pada Jun 2019, Lai berkata Lim mendakwa dia menjalankan perniagaan haram dan telah menipu pelabur China. Kenyataan Ahli Parlimen itu, yang disiarkan dalam media bahasa Inggeris dan Cina, telah membayangkan bahawa Lai seorang yang tidak jujur.

Advertisement

Beliau berkata Lim telah membuat kenyataan itu pada Mei 2017 dan November 2018 apabila dia membawa sekumpulan individu yang dikatakan sebagai pelabur MonSpace, ke pejabatnya dan kemudiannya membuat laporan polis terhadapnya.

Beliau mendakwa kenyataan Lim telah memberikan tekanan kepada pihak berkuasa, termasuk polis, Bank Negara Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, untuk mengambil tindakan terhadapnya.

Peguam Ivanpal Singh Grewal, mewakili Lai dan syarikat itu manakala peguam Guok Ngek Seong bertindak bagi Lim.

Sementara itu, Lim telah memfailkan rayuan berhubung keputusan hari ini. – Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel