Connect with us

Jenayah

“Saya nak cakap satu sahaja, saya nak melawat kubur isteri saya” – Polis tembak mati isteri minta lawat kubur

Anggota polis berpangkat Lans Koperal yang didakwa membunuh isterinya di Simpang Empat, Kangar pada 5 Mac lalu, meminta kebenaran untuk menziarahi kubur wanita berkenaan.

“Saya nak cakap satu sahaja, saya nak melawat kubur bini (isteri) saya,” katanya ketika dibawa keluar dari kandang pesalah Mahkamah Majistret Kangar, hari ini.

Terdahulu, Mohamad Nizarman Hassim, 27, hanya menjawab faham selepas pertuduhan berkenaan dibacakan di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor, lapor Harian Metro.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohamad Nizarman didakwa membunuh Safsufarnisya Salleh, 26, di sebuah rumah di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, Kangar sekitar jam 6.45 pagi dan 8.50 pagi.

Advertisement

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri, Mohd Nordin Ismail manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mohd Nordin kemudian memohon mahkamah untuk mempertimbangkan supaya tertuduh dihantar ke hospital psikiatri untuk penilaian mental selama sebulan.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan berkenaan dan menetapkan 14 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan penilaian psikiatri tertuduh.

Terdahulu, media melaporkan tertuduh yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis menembak mati isterinya yang juga suri rumah.

Advertisement

Tertuduh dikatakan mengeluarkan pistol Walther P99 dan melepaskan lebih lima das tembakan pada jarak dekat ke arah isterinya.

Tembakan mengenai bahagian muka terutama di bahagian mata sebelah kiri menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.

@malaysianupdatenews Apa pun biarlah mahkamah yang membuat keputusan. Jika benar bersalah semoga mendapat pembalasan setimpal dan sekiranya mempunyai masalah mental, semoga mendapat rawatan sebaiknya. #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #videoviral ♬ original sound – @KetamBesar

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel