Connect with us

Terkini

Demi content di TikTok, wanita Indonesia ini selamba makan daging babi

Seorang wanita yang juga seorang TikToker di Indonesia mengakui bahawa dirinya telah menjamah daging babi bermula sejak dari usianya 25 tahun.

Baru-baru ini tular di media sosial Video pengakuan wanita dikenali sebagai Lilu Mukerji yang mengundang pelbagai reaksi netizen.

Rata-ratanya mengecam perbuatan Lilu kerana aksinya menjamah daging babi pasti akan menimbulkan persepsi negatif terhadap agama Islam.

“Jadi hari ini aku langgar rukun iman dan sudah pasti status agama dalam kad pengenalan aku dicabut. Tapi aku cuma ingin tahu kerana di TikTok ia nampak rangup.

Advertisement

“Tapi bila nak makan, kenapa aku rasa meremang ye? Kelmarin dah makan dagingnya, biasa-biasa je. Dah berapa kali eh makan? Rasanya dah tiga kali.

“Pertama kali di Sri Lanka dan waktu itu aku tak sengaja makan babi sebab aku tak pandai berbahasa inggeris, tak faham ‘pork’ itu apa. Aku ingatkan ‘pok-pok’ (tepuk). Waktu itu aku berusia 24 tahun.

“Bila dah habis makan babi, aku bertanya pada bekas teman lelaki di mana masjid. Dia pun macam, ‘Dah makan babi, tanya pula masjid kat mana’.

“Kali kedua semasa di event non muslim dan yang ketiga ini, secara sedar. Cuma nak tahu apa rasanya babi rangup. Ya Allah, habislah aku,” katanya.

Selepas menjamah daging babi itu, wajah Lilu berubah dan dia mengakui daging babi itu tidaklah sesedap seperti yang diperkatakan ramai di TikTok.

Advertisement

“Kenapa rasanya macam ni eh? Rasa macam daging sapi dijemur (salai), yang keras. Tak sedap seperti mana yang diceritakan dalam TikTok.

“Ya Allah, takut ada yang masuk ke klinik kesihatan. Kepada keluarga aku, maafkan aku ya. Ini cuma konten sahaja,” katanya.

Di ruangan komen, ramai yang menyelar perbuatannya itu dan meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap Lilu.

Sumber: TikTok

@malaysianupdatenews Katanya ingin cuba sebab nampak rangup 🥲 #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #fypシ ♬ bunyi asal – wan_1_je

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel