Connect with us

Terkini

Kesihatan Beransur Pulih, UAI Dibenar Keluar Dari Hospital

KUALA TERENGGANU: Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus dibenarkan pulang selepas dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk menerima rawatan sejak Selasa lalu.

Perkembangan itu dikongsikan oleh isterinya, Rogayah Sulong menerusi hantaran di laman Facebooknya pada malam Ahad.

“Alhamdulillah Ustaz dah ‘discharge’. Terima kasih pada pihak hospital HSNZ atas layanan yang baik.

“Terima kasih juga kepada crew (kru) ustaz dan kepada semua yang mendoakan. Semoga ustaz sembuh seperti sediakala agar dapat meneruskan dakwah seperti biasa,” tulisnya.

Advertisement

Pendakwah itu sebelum ini dimasukkan ke hospital berkenaan dipercayai menerima rawatan kerana mengalami masalah kesihatan melibatkan paru-paru.

Perkembangan mengenai penceramah bebas itu dikongsikan beberapa pemimpin di Terengganu serta turut tular di media sosial.

Exco Pembangunan Sukan, Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dilaporkan berkata, Ustaz Azhar atau juga dikenali sebagai UAI dimasukkan ke hospital selepas mengadu kurang sihat.

Menurutnya, tahap kesihatan penceramah itu bertambah baik selepas menjalani rawatan di hospital berkenaan.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel