Connect with us

Terkini

‘Gengster’ Disapa Hidayah Allah, Ini Kisah Muhammad Mikhael Sathayah Peluk Islam

Kasih ibu kepada anak tiada galang-ganti. Biarpun dia dan anaknya berbeza agama sedikit pun tidak pernah membuatkan kasih si ibu surut.

Itulah yang dialami oleh Muhammad Mikhael Sathayah apabila ibunya yang masih beragama Hindu sanggup menemani anaknya itu ke masjid.

“Terima kasih mak, terima kasih kerana menerima saya. Macam-macam mak dikecam sampai ada yang kata mak tak ada anak, anak mak dah mati, makin hari, mak nampak saya semakin tenang.

“Mak hadiahkan saya sejadah dan mak temankan saya ke masjid. Terima kasih mak, walaupun kita berlainan agama mak tunggu di luar masjid,” katanya menerusi satu rakaman video yang tular baru-baru ini.

Advertisement

Menceritakan bagaimana dia mendapat hidayah dan memeluk Islam, Mikhael berkata, segalanya bermula apabila satu pagi dia terdengar suara yang indah berbunyi, “Aku yang cipta kamu tapi ini yang aku berikan kepada kamu, terima sahajalah.”

Katanya, sejak itu dia tertanya-tanya maksud persoalan tersebut dan cuba mencari jawapannya.

“Saya rasa saya tahu, tetapi saya tak mahu menerima, saya mengejar dunia, makin gelap jiwa saya mencari jiwa yang hilang.

“Sampai dah dapat jawapan. Saya beritahu mak, ‘Mak, saya nak masuk Islam’. Mak terdiam, terkejut lepas tu, mak tersenyum dan beri kebenaran. Macam-macam mak dikecam sampai ada yang kata mak dah tak ada anak, anak mak dah mati. Sampai kata hidup saya macam ni sebab mak terlalu manjakan saya.”

“Mak seorang mak yang baik. Mak hadiahkan saya sejadah. Mak sentiasa teman saya ke masjid. Terima kasih mak walaupun kita berlainan agama, mak tunggu luar masjid. Mak tak hiraukan saudara mara, cakap sesiapa. Mak terima saya.”

Advertisement

Siapa sangka, Mikahel akhirnya berjaya membeli sebuah rumah dan berjiran dengan ibunya. Dia meluahkan rasa syukur, kerana mempunyai soerang ibu yang sangat memahami malah tetap menerimanya meskipun berlainan agama

“Banyak sangat dosa sampai saya berpuasa sepanjang tahun walaupun Isam larang. Saya puasa 360 hari, aidilfitri dan raya haji. Lain-lain hari saya puasa nak hilangkan dosa. Sampai saya sakit.”

Terharu dengan kisah Mikhael, pendakwah bebas Ebit Lew telah mengambil kesempatan untuk bertemu pemuda tersebut dan ibunya.

Kata Ebit, dia sebak sebaik mengetahui kisah dua beranak tersebut dan betapa si ibu tetap menyayangi anaknya yang sudah meninggalkan agama terdahulu.

“Terharu sebak masa dengar kisah di TikTok ‘Muka Gengster’ tentang kasih sayangnya bersama ibunya walau setelah anaknya masuk Islam.

Advertisement

“Kebaikan ibunya. ‘Muka Gengster’ anak mak. Sentiasa menjaga ibunya. Betapa ibunya menyayanginya,” katanya.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel