Connect with us

Jenayah

Suami isteri didakwa perdagang anak OKU untuk eksploitasi seks

BUTTERWORTH: Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan memperdagangkan anak perempuan mereka yang merupakan pemegang kad orang kurang upaya (OKU) bagi tujuan eksploitasi seks pada Januari tahun lepas.

Tertuduh yang merupakan bapa tiri mangsa berusia 63 tahun dan ibu kandungnya berusia 40 tahun, didakwa telah memperdagangkan mangsa berusia 20 tahun, yang merupakan golongan OKU pembelajaran.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Bukit Mertajam pada Januari 2022 hingga Februari 2022 antara 6 petang hingga 10 malam.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670), dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh juga dikenakan dengan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.

Advertisement

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Qatrin Nada Harun tidak menawarkan jaminan untuk kedua-dua tertuduh memandangkan tahap keseriusan kes manakala pasangan suami isteri tersebut tidak diwakili peguam.

Terdahulu bapa tiri mangsa yang merupakan seorang penganggur dan isterinya yang bekerja sebagai tukang urut kelihatan terpinga-pinga semasa diminta membuat rayuan untuk ikat jamin.

Hakim Noor Aini Yusof kemudian menetapkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin untuk setiap tertuduh.

Kedua-dua tertuduh juga dikenakan syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis terdekat sebulan sekali dan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah kemudian menetapkan 20 April untuk serahan dokumen dan lantikan peguam. – Bernama

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel