Connect with us

Jenayah

Polis buru sekumpulan lelaki belasah pemandu treler tanpa usul periksa

Beberapa lelaki yang terbabit dalam kes pukul pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan kematian murid perempuan berusia 9 tahun di Kampung Telok Gong semalam, berada dalam senarai dikehendaki polis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, mangsa berusia 36 tahun yang dipukul sekumpulan lelaki tidak bertanggungjawab itu sehingga mengalami kecederaan, telah tampil membuat laporan polis.

“Selepas kemalangan berlaku, sekumpulan lelaki berkumpul di lokasi kejadian dan memukul mangsa dan memecahkan cermin hadapan treler.

“Akibat daripada itu, mangsa mengalami kecederaan di pipi kanan, lebam mata, sakit di seluruh anggota badan dan menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,” katanya.

Advertisement

Bertindak di atas laporan itu, polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 147 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merusuh sehingga mendatangkan kecederaan dan kesalahan khianat terhadap harta benda.

Polis kini sedang giat mengesan dan memburu suspek-suspek yang terbabit dalam kejadian itu. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel