Connect with us

Terkini

Ustaz Azhar Idrus tiba-tiba pandang ke atas ketika tengah berceramah

Baru-baru ni penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus dimasukkan ke hospital kerana dikatakan mengalami masalah paru-paru berair, jangkitan kuman di paru-paru dan jantung bengkak.

Penceramah yang terkenal dengan lawak jenakanya itu sekali lagi menjadi tular apabila satu video di TikTok menunjukkan Ustaz Azhar Idrus tiba-tiba memandang ke atas ketika sedang berceramah. Jelas juga kelihatan perubahan wajahnya. Ceramah yang disampaikan pada malam itu di Masjid Kampung Kuala Bekah, Terengganu adalah mengenai Sifat-Sifat Allah.

Pemilik video yang mendakwa berada di tempat kejadian pada waktu itu turut memandang ke atas untuk selepas melihat reaksi UAI, bagaimanapun tidak kelihatan apa-apa.

“Saya ada di masjid masa ni. Terkejut jugak tengok UAI tengok atas macam tu. Saya tengok jugak, tapi tak ada apa-apa pun,” katanya.

Advertisement

Difahamkan, kejadian ini berlaku di Masjid Kampung Kuala Bekah, Kuala Terengganu pada 7 Mac lalu iaitu seminggu sebelum beliau dimasukkan ke dalam hospital kerana masalah kesihatan.

Berikutan itu, ramai netizen mendoakan agar UAI dipanjangkan umurnya dan dipermudahkan segala urusan.

Walau apa pun, hanya UAI dan Allah S.W.T sahaja yang tahu apa yang berlaku pada waktu itu dan apa yang sedang dilihat oleh pendakwah bebas itu.

Sumber: TikTok HappySokmoo

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel