Remaja 3 beradik dirantai kaki ditemui tidak bermaya dipercayai jadi mangsa dera ibu

Umat Islam di negara ini baru sahaja beberapa hari menyambut bulan Ramadan yang mulia, namun terkini dikejutkan pula dengan insiden menyayat hati membabitkan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Menurut laporan Berita Harian, tiga remaja lelaki dipercayai mangsa dera diselamatkan orang awam, selepas ditemui dalam keadaan tidak bermaya di Jalan Kampung Tambun Tulang, Simpang Empat, dekat Kangar, Perlis pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusof nerkata, dua daripada mangsa merupakan OKU dirantai di bahagian kaki, manakala seorang lagi tidak dirantai.

Menurut Yusharifuddin lagi, seorang lelaki memaklumkan tentang penemuan tiga kanak-kanak lelaki dirantai di kaki berada di tepi titi Jalan Kampung Tambung Tulang, menghala ke Utan Aji.

Advertisement

Mangsa berusia antara 13 hingga 16 tahun ditemui sekitar pukul 11.55 malam.

“Dua daripada mangsa adalah OKU ditemui dengan keadaan kaki mereka dirantai dengan besi, manakala seorang remaja tidak dirantai dan dijumpai oleh orang awam yang melalui Jalan Kampung Tambun Tulang menghala Ke Utan Aji di Simpang Empat.

“Kita percaya, tiga mangsa ini adalah adik beradik berusia lingkungan 14 hingga 16 tahun dan dua daripada mereka ini memiliki kad OKU.

“Mangsa dipercayai dikurung dan dirantai di dalam rumah oleh ibu mereka yang tidak tinggal bersama mereka,” katanya ketika dihubungi pemberita pada Sabtu.

Beliau berkata, pihaknya percaya bahawa remaja ini melarikan diri dari rumah mereka kerana tidak tahan diperlakukan sedemikian.

Advertisement

“Kita bagaimanapun belum peroleh maklumat kerana mereka enggan bercakap dan mangsa kini menjalani pemeriksaan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.

“Hasil keterangan awal, ibu kepada remaja itu pula menyatakan sikap ketiga-tiga anak ini agak sukar dikawal menyebabkan ibunya bertindak merantai mangsa,” katanya.

Yusharifuddin berkata, mangsa bagaimanapun berada dalam keadaan stabil serta tidak menunjukkan sebarang trauma atau ketakutan.

“Susulan itu, kita menahan dua suspek iaitu ibu mangsa berusia 46 tahun dan seorang lelaki yang belum diketahui pertaliannya berusia 31 tahun untuk membantu siasatan.

“Kedua-dua direman selama tujuh hari bermula hari ini (Sabtu) sehingga 31 Mac bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Advertisement

Remaja berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perlis selepas rawatan mereka selesai.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

15 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

19 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

1 day ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 days ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 days ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

3 days ago