Connect with us

Jenayah

Suspek simpan puluhan bangkai kucing di kondo ditahan polis

KUALA LUMPUR — Polis menahan seorang suspek lelaki warga tempatan kerana disyaki terlibat berhubung penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah rumah sewa di Kondominium Bayu Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata suspek berumur 31 tahun, yang merupakan penyewa rumah berkenaan ditahan di Cheras, semalam.

“Polis masih lagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kes terbabit dan suspek direman tiga hari mulai hari ini,” katanya ringkas kepada Bernama.

Jumaat lepas, Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) menerusi akaun Facebooknya mendedahkan tentang penemuan puluhan rangka, organ dan bangkai kucing di dalam sebuah rumah yang disewa oleh seorang lelaki tempatan.

Advertisement

Perbuatan itu terbongkar selepas jiran di kondominium berkenaan membuat aduan berhubung bau busuk dari rumah tersebut.

Sehubungan itu MAA menggesa Jabatan Perkhidmatan Veterinar melakukan siasatan menyeluruh berhubung perkara berkenaan.

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel