Connect with us

Terkini

Anak baru pulang dari New Zealand berlakon sebagai ‘runner’ kek untuk membuat kejutan kepada mak ayah menjadi

Sepasang suami isteri menangis kegembiraan apabila anak yang sudah tiga tahun tidak pulang ke rumah akhirnya muncul di hadapan mereka.

Apa yang lebih istimewa adalah kepulangan mengejut anaknya untuk bersama-sama menyambut bulan Ramadhan yang mulia.

Tanpa memaklumkan kepada ibu bapanya terlebih dahulu, pemuda itu membuat perancangan yang tersusun bersama adik-beradiknya.

Berpakaian sebagai ‘runner’ untuk menghantar kek, pemuda itu tidak menanggalkan topi keledarnya untuk memastikan lakonannya berjaya.

Advertisement

Setelah pemuda bernama Lukman membuka topi keledarnya dan memanggil ibunya, alangkah terkejutnya mereka apabila anak bongsu mereka yang ditunggu-tunggu akhirnya pulang ke pangkuan keluarganya.

Sang bapa yang cuba terlihat ‘cool’ akhirnya tidak dapat menahan juraian air mata kerana rindu yang terpendam pada Luqman, anak bongsu mereka.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok oleh kakak Luqman yang dikenali sebagai Kin, Luqman tidak dapat pulang ke rumah kerana melanjutkan pelajaran di New Zealand.

“Adik dari New Zealand balik senyap-senyap nak suprise ma abah sempena puasa. Alhamdulillah raya ni dah lengkap keluarga,” tulisnya di kapsyen. – Malaysian Update

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel