Connect with us

Jenayah

Jurujual Dipenjara 2 Tahun, Denda RM50,000 Sebabkan Lima Ekor Kucing Mati Kebuluran

KUALA LUMPUR — Seorang jurujual dihukum penjara dua tahun dan denda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan mengabaikan lima ekor kucing peliharaannya sehingga mati kebuluran dalam sangkar selepas pulang ke kampungnya di Sarawak, tahun lalu.

Hakim Siti Aminah Ghazali menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, 31, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut dan turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara setahun jika gagal membayar denda.

Lelaki itu didakwa sebagai penjaga lima ekor kucing di dalam kurungan didapati melakukan perbuatan itu sehingga menyebabkan kematian haiwan tersebut yang bangkainya ditemukan di sebuah unit kondominium yang disewanya di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, di sini, antara 14 Jun dan 3 Julai tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM25,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Advertisement

Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan dengan alasan dia masih bujang dan berpendapatan RM1,500 sebulan.
Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar, memohon hukuman berbentuk pemenjaraan kerana perbuatan tertuduh tidak menyediakan makanan dan minuman menyebabkan kucing-kucing itu mati kebuluran.

“Tertuduh pulang ke Sarawak pada Jun tahun lepas dan selama sebulan, kucing-kucing itu tidak diberikan makanan dan minuman sehingga menyebabkan mati kebuluran. Dia sepatutnya menyediakan makanan yang mencukupi sebelum pergi ke Sarawak.

“Tertuduh juga tidak mengambil langkah proaktif untuk menanam bangkai-bangkai kucing itu malah membiarkan bangkai itu di rumah berkenaan sehingga menyebabkan masalah bau yang busuk. Kes ini telah mendapat perhatian masyarakat terutamanya pencinta kucing,” katanya.

Mengikut fakta kes, pada 11 Mac lepas, pengadu iaitu pemilik rumah yang didiami tertuduh telah menerima aduan daripada penduduk bahawa rumahnya yang disewakan kepada tertuduh berbau busuk seperti bau bangkai haiwan.

Susulan aduan itu, pemilik rumah berkenaan telah pergi ke rumahnya dan mendapati ada beberapa bangkai kucing dalam sangkar yang diletakkan di luar pintu rumah berkenaan.

Advertisement

Sumber: Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel