Connect with us

Terkini

“Kerana Sebiji Epal, Gugur Air Mata”, Lelaki Ini Kongsi Kisah Memberi Sebiji Epal Kepada Gelandangan, Reaksinya Memilukan

Jika anda berasa susah, ingatlah bahawa ada yang lagi susah sehingga tidak mampu untuk membeli makanan dalam masa sehari. Mereka terpaksa mengemis kerana sudah tidak dapat menampung perbelanjaan harian, malah mereka tidak ada satu sen pun di tangan mereka.

Kisah yang bakal dikongsikan ini sangat menyayat hati dan diharap dapat memberi pengajaran kepada semua rakyat Malaysia.

Lelaki ini memberikan sebiji epal kepada seorang gelandangan dan menitiskan air mata jantan apabila melihat nasib gelandangan itu.

Kisah pengajaran ini dikongsi oleh hermanrawi di akaun TikTok milik beliau. Pada masa itu, beliau dalam perjalanan bersama anaknya dan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Beliau melihat seorang gelandangan mengemis dengan mengetuk cermin setiap kereta.

Advertisement

Apa yang menyayat hati ialah beliau memberikan sebiji epal kepada gelandangan tersebut dan terus berjurai air mata jantan kerana gelandangan tersebut kelihatan sangat gembira dan tersenyum walaupun hanya mendapat sebiji epal.

Setelah beliau memerhati gerak geri dan melihat reaksi gelandangan itu tersenyum apabila mendapat sebiji epal dan terus makan, beliau sedih melihat betapa sukarnya untuk gelandangan itu mendapat makanan dalam masa satu hari.

Gugur air mata jantan beliau apabila melihat situasi tersebut namun beliau masih dapat menjawab pertanyaan anak beliau secara bersahaja. Netizen juga terpegun dengan sikap beliau apabila tidak menghina langsung pengemis di depan anaknya malah memberi nasihat.

Anaknya bertanya, “Siapakah lelaki itu?”. Beliau dengan tenang menjawab, “Hanyalah seorang lelaki yang mahu makan sahaja.”

Mungkin itu adalah hidangan pertama gelandangan tersebut pada hari ini dan disertakan makan malam terus. – Malaysian Update

Advertisement
@malaysianupdatenews Lelaki ini kongsi kisah beri sebiji epal kepada gelandangan.🥺 #malaysianupdate #videoviral #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #fypシ ♬ Allah Allah Aghisna – Jihan Audy

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel