Connect with us

Hiburan

Ramai yang tidak tahu bahawa Bella Astila merupakan penyanyi asal OST “Diari Ramadan Rafique”

Bagi sesiapa yang tidak kenal dengan kisah Diari Ramadan Rafique, ia merupakan sebuah drama Ramadan ikonik yang membangkitkan seribu kenangan buat peminat.

Lebih-lebih lagi bagi penonton yang dilahirkan pada tahun 1995 dan keatas, ia pasti akan menggamit memori semasa menonton semula drama tersebut.

Kesemua pelakon yang muncul dalam cerita itu berjaya menarik perhatian penonton dengan lakonan yang ditonjolkan mereka yang kelihatan nyata.

Selain daripada jalan cerita yang menarik, lirik lagu dan alunan muzik OST cerita tersebut masih terngiang-ngiang pada telinga penonton kerana alunan muzik yang rancak dan membuatkan ia mudah diingati.

Advertisement

Namun siapa sangka penyanyi sebenar lagu ini adalah seorang selebriti terkenal iaitu Bella Astilah atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah. Isu ini diketahui ramai selepas artis itu mengeluarkan video lagu nyanyianya baru-baru ini dalam satu perkongsian di instagram.

Bella bergurau bahawa versi nyanyiannya adalah versi yang lebih matang kali ini, susulan suaranya telah berubah. “Ramai betul yang request lagu ini, Bella nyanyi semula tapi versi suara dah besar,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Penyanyi dan pelakon itu turut menyertakan tanda pagar (#) Diari Ramadan Rafique dalam kapsyen intagram milik beliau. Bella kemudiannya menyanyikan lagu tersebut, dan boleh dikatakan suara nyanyiannya mengingatkan para pendengar ketika drama itu disiarkan di kaca televisyen suatu ketika dahulu. – Malaysian Update

@malaysianupdatenews Ramai yang tidak tahu bahawa Bella Astila merupakan penyanyi asal OST “Diari Ramadan Rafique” 😍 #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #fypシ ♬ Ramadhan Tiba – FADLI AZ

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel