Wanita warga emas maut, suami dirawat di ICU selepas makan ikan buntal

JOHOR BAHRU: Seorang wanita warga emas meninggal dunia pada Sabtu lepas, manakala suaminya masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dipercayai mengalami keracunan selepas memakan ikan buntal.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon berkata wanita berusia 83 tahun itu mula menunjukkan gejala sesak nafas dan menggigil sebelum diikuti suaminya satu jam kemudian dengan gejala sama, kira-kira pukul 3 petang selepas memakan ikan tersebut pada waktu tengah hari.

“Kedua-dua pasangan tersebut telah dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang oleh anak mereka yang tinggal berasingan sebelum disahkan meninggal dunia pada 7 malam, hari yang sama.

Kes ini dianggap sebagai keracunan makanan disebabkan ikan buntal. Malah punca kematian diletakkan sebagai keracunan makanan dengan ‘neurological manifestation resulting in respiratory failure with cardiac dysrhythmmia possible due to toxin ciguatera or tetradotoxin ingestion’, yang diperoleh daripada ikan buntal,“ katanya menerusi satu kenyataan malam ini.

Advertisement

Ling berkata difahamkan, ini adalah kali pertama pasangan yang tinggal di Jalan Sin Tiam Chamek, Kluang itu makan masakan berasaskan ikan buntal dengan mendapatkan bekalan daripada penjual secara pra-tempahan menerusi laman Facebook.

Bagaimanapun beliau berkata sehingga kini, tiada laporan baharu diterima berkaitan kes itu dan memaklumkan semua ikan yang dijual pada tarikh berkenaan telah pun diambil oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berkenaan bagi tujuan analisis.

“Siasatan lanjut mendapati ikan buntal segar ini diperoleh daripada nelayan di Endau, Mersing sebelum diambil oleh pemborong untuk diproses di Batu Pahat dan kemudiannya membuat edaran kepada pelanggan berdasarkan tempahan.

Saya ingin menyampaikan salam takziah kepada keluarga mangsa dan mengingatkan kepada warga Johor agar sentiasa berhati-hati dalam memilih makanan terutama jika ianya mempunyai risiko,“ katanya sambil menambah suami wanita itu masih dirawat di ICU. – Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

3 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

9 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago