Connect with us

Global

Solat Tarawih Perdana Disambut Dengan Meriah Di Times Square, New York

Imej agama Islam di negara Barat seperti Amerika Syarikat sering dikaitkan dengan amalan keganasan dan ekstremisme. Kebanyakan dakwaan itu tidak benar, tetapi isu ini masih menjadi stereotaip bagi sesetengah orang.

Dalam usaha untuk menampilkan imej Islam yang lebih baik dan tidak ganas, sekumpulan pendakwah dari Amerika Syarikat berjaya mengadakan Solat Tarawih perdana di lokasi yang terkenal seluruh dunia iaitu di Times Square, New York pada 26 Mac yang lalu.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Seiring untuk menyambut bulan Ramadan serta beribadat, program itu dilihat sebagai salah satu langkah kepada masyarakat umum untuk mendalami Islam dan untuk menjauhkan daripada stigma negatif pada agama Islam.

Kejayaan Solat Tarawih perdana di Times Square telah mendapat reaksi positif dari netizen seluruh pelusuk dunia. Ramai yang kagum serta terharu apabila melihat kumpulan pendakwah itu berjaya mengajak umat Islam di Amerika Syarikat untuk menyertai mereka.

Walaubagaimanapun, terdapat juga netizen yang berpendapat bahawa solat di tempat yang sesak adalah tidak sesuai dan solat sepatutnya perlu dilakukan di masjid berhampiran.

Advertisement

Untuk pengetahuan, program ini bukanlah pertama kali diadakan. Program ini telah dilancarkan pada tahun lalu di Times Square dan turut berjaya menjemput ribuan umat Islam di seluruh Amerika Syarikat untuk menyertai mereka.

@malaysianupdatenews Solat Tarawih Perdana Disambut Dengan Meriah Di Times Square, New York. #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #fypシ ♬ original sound – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel