Connect with us

Hiburan

Kisah sebenar Razil jauh lebih sedih berbanding telemovie ‘Saat Hilang Cintamu’

Telemovie ‘Saat Hilang Cintamu’ yang viral baru-baru ini masih lagi menjadi sebutan di bibir penonton apatah lagi mendapat tahu bahawa kisah ini diadaptasikan daripada kisah benar Pak Cik Razil, 70 tahun yang masih hidup sehingga kini.

Cerita ini berkisarkan tentang kesetiaan seorang suami yang mana penonton dapat meraih banyak pengajaran dan teladan. Apa yang lebih meruntun jiwa ialah seorang suami masih setia menjaga kubur bekas isteri dan tidak pernah berkahwin lain selepas bercerai.

Zamarul Hisham mendedahkan selepas membaca skrip telemovie ini, bulu romanya meremang dan bertekad untuk menjayakan watak Razil dengan baik.

Beliau juga bercerita bahawa kisah rumah tangga Razil dan Salinah versi asal sebenarnya jauh lebih sedih berbanding telemovie itu.

Advertisement

Versi telemovie terdapat beberapa adegan yang telah diubah-suai termasuklah babak di mana Salinah dan Pakar Kaunselor, Dr Hadi ditangkap basah. Zamarul juga berkata, babak ini diwujudkan untuk membuatkan jalan cerita telemovie ini menjadi lebih menarik.

Versi asal sebenarnya, Dr Hadi sendiri yang datang ke rumah Pak Cik Razil untuk menyatakan hasrat hendak berkahwin dengan Salinah. Setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya, Pak Cik Razil ikhlas menjaga Salinah dan suami barunya Dr. Hadi, yang sudah terlantar meskipun hati Pak Cik Razil pernah dilukai oleh mereka berdua.

Rupa-rupanya Pak Cik Razil sendiri tidak tahu kisah hidupnya telah diadapatasikan menjadi sebuah telemovie di TV3 yang telah mencipta fenomena. Zamarul Hisham turut berkata, beliau bercadang ingin bertemu sendiri dengan Pak Cik Razil yang menetap di Perlis dalam masa terdekat ini. – Malaysian Update

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

@malaysianupdatenews Kisah sebenar Razil jauh lebih sedih berbanding telemovie ‘Saat Hilang Cintamu’ #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #videoviral #trending #fyp #fypシ ♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel