Connect with us

Kemalangan

4 beradik maut dalam kebakaran dikebumikan satu liang lahat

MUAR: Jenazah empat beradik yang terdiri daripada Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3 telah selamat dikebumikan dalam satu liang lahat pukul 8.15 malam pada 30 Mac lalu.

Menerusi perkongsian di akaun media sosial milik pendakwah terkenal, Ebit Lew mendedahkan beliau sempat melihat wajah adik-beradik itu. Wajah mereka sangat bersih tanpa kesan terbakar dan hanya ada kesan calar-calar sedikit sahaja.

Ebit Lew juga bercerita bahawa beliau menangis selepas pulang dari pengebumian empat beradik tersebut. Katanya lagi, beliau berasa sebak sejurus melihat tangisan ibu bapa mangsa sepanjang pengurusan jenazah di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, Muar, Johor.

Tambah Ebit Lew lagi, ibu bapa adik-beradik itu berasal dari keluarga susah sehingga tidak mampu untuk membeli peralatan elektrik dan televisyen. Ibu mereka, Nabila Sedu, 31 barasal dari Kuala Kubu Bharu dan bapa mereka, Thein Ko Htut, 30 merupakan warga Myanmar.

Katanya lagi, Nabila Sedu sempat memberitahu bahawa anaknya, Aisyah teringin hendak bertemu dengannya.

Advertisement

Ibu mereka keluar rumah hanya lima minit untuk membeli barang dan terus bergegas balik. Manakala bapa mereka sedang bekerja semasa kebakaran berlaku.

Kejadian tragis terbabit berlaku di rumah sewa mereka dan kebakaran itu telah memusnahkan 80 peratus rumah. Mereka telah dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam bilik air. Sejurus itu, pasukan perubatan mengesahkan kesemua mereka telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Punca kematian dipercayai akibat sesak nafas selepas menghidu asap akibat daripada kebakaran tersebut. – Malaysian Update

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

@malaysianupdatenews Sebaknya..Hilang semuanya sekaligus.. Hilang seorang ahli keluarga pun dah cukup rasa terseksa 😭😭😭 #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #fyp ♬ PENANTIAN ARMADA – Sadvibes🥀

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel