Connect with us

Hiburan

Alami gangguan mistik sejak arwah Abam meninggal dunia, Hidayah rayu bantuan dari pakar perubatan Islam

Tidak tahan dengan gangguan, balu kepada arwah Abam Bocik, Siti Nur Hidayah Mohd. Ali semalam meminta bantuan orang ramai untuk mendapatkan bantuan daripada pakar perubatan Islam untuk merawat masalah yang dialaminya sejak sekian lama.

Dalam hantaran di Instagramnya semalam, Hidayah menjelaskan dia dan anaknya, Hamzah, mengalami gangguan mistik semenjak suaminya meninggal dunia. Dan gangguan yang dipercayai berpunca dari perbuatan sihir itu dikatakan berlarutan sehingga ke hari ini.

“Assalamualaikum semua, Dayah nak minta pertolongan. Kepada sesiapa sahaja, pakar perubatan Islam, ustaz, ustazah atau sesiapa sahaja yang mempunyai kepandaian / perawat mistik dan sihir yang boleh mengubati/merawat masalah yang Dayah dan Hamzah disihir dan gangguan mistik sejak arwah suami meninggal dunia.

“(Gangguan itu) berlarutan sehingga kini. Mohon kepada sesiapa yang boleh membantu, bolehlah menghubungi abang kepada Dayah, Azmir, di talian berkenaan: 013-3548178,” katanya.

Advertisement

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengikutnya mendoakan agar Siti Nor Hidayah diberikan kesembuhan dan mendapat rawatan yang sewajarnya.

Tidak kurang juga yang menasihatkan Hidayah mencari pakar perubatan Islam kerana bimbang ada individu atau pihak yang akan mengambil kesempatan ke atas Hidayah, berikutan ramai individu yang tidak bertanggungjawab mengaku diri mereka sebagai pakar perubatan Islam tetapi sebenarnya scammer.

Sumber: Instagram Siti Nor Hidayah Mohd Ali

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel