Connect with us

Politik

Anwar Mohon Penghakiman Ingkar Terhadap MP Pendang

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon untuk memasukkan penghakiman ingkar terhadap Ahli Parlimen Pendang Datuk Awang Solahuddin Hashim atas kegagalannya memfailkan pernyataan pembelaan bagi menjawab saman fitnah oleh Perdana Menteri itu, dalam tempoh masa ditetapkan.

Anwar, 75, memfailkan saman itu terhadap Awang Solahuddin pada 3 Mac lepas, berhubung kenyataan berbaur fitnah terhadap Perdana Menteri itu di lobi Parlimen.

Peguam Datuk S N Nair, yang mewakili Anwar, berkata writ dan tuntutan saman itu telah diserahkan kepada Awang Solahuddin selaku defendan pada 3 Mac dan beliau sepatutnya memfailkan pernyataan pembelaan selewat-lewatnya 21 Mac.

“Semasa pengurusan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Aisyaf Falina Abdullah hari ini, kami memaklumkan kepada mahkamah mengenai kegagalan defendan untuk memfailkan pernyataan pembelaan dalam tempoh masa yang diperuntukkan dalam perundangan dan memohon penghakiman ingkar direkodkan terhadap defendan.

Advertisement

Selepas merekodkan bantahan kami, timbalan pendaftar itu mengarahkan agar perkara tersebut dibawa ke hadapan Yang Arif untuk tindakan selanjutnya. Namun, tarikh pengurusan kes akan ditetapkan kemudian,” kata Nair ketika dihubungi hari ini.

Nair berkata walaupun pihaknya telah membangkitkan bantahan dan fakta bahawa mahkamah masih belum memberikan apa-apa lanjutan masa dan arahan kepada defendan untuk memfailkan pernyataan pembelaannya, namun peguam defendan telah meneruskan dengan pemfailan pernyataan pembelaan itu hari ini.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Anwar selaku plaintif mendakwa defendan membuat beberapa kenyataan yang merujuk kepadanya di lobi Dewan Rakyat, bangunan Parlimen di sini, semasa Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15, pada 21 Feb lepas.

Beliau berkata kenyataan tersebut telah diterbitkan semula atau menyebabkan penerbitan semula oleh defendan kepada pemberita, yang terakam dalam bentuk audio dan video.

Menurut Anwar, pada 21 Feb 2023, kenyataan fitnah daripada audio dan video tersebut telah diterbitkan semula atau menyebabkan penerbitan semula oleh defendan di aplikasi TikTok melalui akaun di bawah nama “@asriasri64chanel”.

Advertisement

Ahli Parlimen Tambun itu berkata pada hari sama (21 Feb) portal MalaysiaKini menerbitkan semula sebahagian kenyataan fitnah daripada audio dan video tersebut menerusi dua artikel bertajuk “MP PAS: Sikap pendendam Anwar lebih teruk daripada Mahathir” manakala dalam versi Bahasa Inggeris, bertajuk “Why no LCS charges, MP asks ‘more vindictive than Mahathir’ PM”.

Menurut Anwar, kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud beliau mempunyai sifat pendendam serta membalas dendam, telah menyalah guna kuasa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dengan mencampuri, mengganggu serta sewenang-wenangnya mengarahkan agensi penguatkuasaan undang-undang dan pendakwaan di Malaysia untuk agenda politik peribadi.

Beliau mendakwa Awang Solahuddin sengaja dan berniat jahat mengucap serta menerbitkan kenyataan fitnah itu untuk menghasut orang ramai serta menimbulkan kebencian peribadi terhadap plaintif yang kini Ketua Kerajaan Perpaduan yang sah dan komited untuk membasmi segala bentuk rasuah.

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel