Alumni Al-Azhar kubu pertahanan akidah umat Islam – PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendidikan, kefahaman dan fikrah Islam yang dipelopori oleh alumni Universiti Al-Azhar, Mesir menjadi ‘kubu pertahanan’ akidah umat Islam.

Dalam perutusan video sempena Sambutan Hari Al-Azhar Sedunia hari ini, beliau berkata menjadi tradisi bagi universiti terulung Islam itu menghasilkan para ilmuwan yang memberi sumbangan besar bukan hanya kepada Malaysia malah seluruh dunia.

Perdana Menteri berkata justeru, para ilmuwan Universiti Al-Azhar diharap dapat terus memperluas dakwah kesedaran dan pengisian ilmu khususnya dalam kalangan masyarakat MADANI.

“Sebab itu di Seri Perdana, saya menganjurkan majlis dan secara kebetulan sama ada syeikh yang datang dari Al-Azhar ataupun mufti atau ilmuwan yang majoriti besarnya adalah kelulusan atau alumni Al-Azhar,” katanya pada majlis anjuran Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia (WOAG Malaysia) di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Kuala Lumpur.

Advertisement

Anwar dilihat sering menganjurkan majlis ilmu di Seri Perdana sejak menyandang jawatan Perdana Menteri pada November tahun lepas.

Beliau turut menzahirkan penghargaan atas kejayaan WOAG menganjurkan majlis itu dan meluncurkan buku ‘Memahami Pemikiran Melampau.’

Perdana Menteri juga mendoakan agar perjumpaan itu dapat menghasilkan kejayaan yang baik untuk mengangkat martabat umat Islam melalui pencerdasan dan kecelikan budaya berdasarkan kefahaman terhadap Islam.

Program sambutan itu diadakan sempena genap 1,083 tahun penubuhan Universiti Al-Azhar dan sambutan Hari Al-Azhar Sedunia di peringkat global itu dicetuskan oleh Pejabat Syeikh Al-Azhar di Mesir.

– Bernama

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement
Nadia

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

19 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

20 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

5 days ago