Serah Kepada SPRM Untuk Siasat – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Kerajaan menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan berhubung kes pengambilan pekerja asing yang melibatkan pegawai Menteri Sumber Manusia V.Sivakumar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada masa sama beliau meminta orang ramai agar tidak melakukan sebarang telahan berkaitan isu berkenaan.

“Tidak wajar beri apa-apa telahan dalam isu Menteri KSM (Kementerian Sumber Manusia) ini selain daripada beliau dipanggil untuk beri jawapan terhadap perkara yang dibangkitkan oleh SPRM.

“Kena bezakan juga siasatan atau pendakwaan… jadi siasatan itu kita serah pada SPRM… kemudian kalau tiada pendakwaan tak apa, kalau ada itu soal lain,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan pelancaran Karya Agung Sayr Al-Salikin (4 Jilid) dan Hikayat Iskandar Zulkarnain di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka di sini hari ini.

Semalam Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan Sivakumar hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi memberi keterangan susulan penahanan beberapa pegawainya yang dipercayai berkaitan isu pengambilan pekerja asing.

Terdahulu baru-baru ini SPRM telah menahan dua pegawai kanan Sivakumar bagi membantu siasatan, susulan aduan yang diterima suruhanjaya itu berhubung kes membabitkan pengambilan pekerja asing.

Sementara itu, ditanya sama ada Sivakumar perlu bercuti sehingga siasatan selesai, Anwar berkata ketika ini belum ada sebarang pertuduhan terhadap menteri berkenaan.

“Siasatan, belum ada pertuduhan.. kalau siasatan, (contohnya) saya selaku Perdana Menteri kena bagi penjelasan, takkan saya nak letak jawatan,” katanya.

Advertisement

Anwar seterusnya berkata Kerajaan Perpaduan pimpinannya sentiasa tegas dalam perihal berkaitan tata kelola dan membanteras rasuah.

“Dalam soal ini kita tidak peduli ia menyinggung sesiapa, sosok mana, parti mana.. itu pendirian kita,” katanya.

Sivakumar nafi laporan rumah, pejabat digeledah SPRM
Sebelum ini, media melaporkan Sivakumar hari ini menafikan laporan bahawa pejabat dan kediaman beliau digeledah SPRM semalam (Ahad).

“Tiada, tiada,” katanya ketika ditanya mengenai satu laporan media yang memetik sumber memberitahu bahawa SPRM menggeledah pejabat dan kediamannya, selepas beliau hadir untuk memberi kenyataan di pejabat SPRM.

Sivakumar yang ditemui pemberita selepas majlis pra-pelancaran Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2023 di sini hari ini berkata, semalam beliau hadir ke ibu pejabat SPRM di sini untuk memberi kenyataan.

Advertisement

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement

Nadia

Leave a Comment

Recent Posts

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

10 hours ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

2 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

4 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

5 days ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

7 days ago

Lelaki OKU Maut, Ibu Cedera Dalam Kejadian Samun

BUKIT MERTAJAM (Bernama) -- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia dengan keadaan… Read More

1 week ago