Tiada tanda faktor semula jadi punca tanah runtuh di hadapan MACA: Nanta

KUALA LUMPUR: Tiada tanda-tanda faktor semula jadi dikenal pasti menyebabkan runtuhan tanah di kawasan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin di sini, tengah hari tadi.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata berdasarkan siasatan awal daripada Cawangan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya (JKR), kebocoran paip air bawah tanah kemungkinan menyumbang kepada insiden berkenaan.

“Bagaimanapun, JKR sedang menjalankan siasatan lanjut dan terperinci,“ kata Nanta menerusi hantaran di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau memohon kerjasama semua pihak supaya mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Advertisement

Nanta turut merakamkan simpati kepada mangsa yang terlibat dan berharap usaha mengenal pasti punca sebenar serta langkah mengawal runtuhan di lokasi kejadian dapat disegerakan.

Terdahulu, dilaporkan seramai 76 petugas pentadbiran MACA dan IIM berdepan detik cemas selepas berlaku runtuhan tanah di kawasan itu kira-kira 1.30 tengah hari. – Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

1 week ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago