Connect with us

Terkini

Anak meninggal pada Hari Raya ke-4 akibat strok haba, organ dalaman hangus

Baru-baru ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan notis amaran cuaca panas di beberapa kawasan yang dijangka suhu maksimum boleh mencecah antara 35 dan 37 darjah celcius.

Kali ini, cuaca panas berpanjangan telah terjadi pada bulan Ramadan dan Syawal di kebanyakan negeri di Malaysia dan hanya sesekali sahaja hujan turun membasahi bumi. Sudah sedia maklum pada musim perayaan kita banyak keluar berbanding duduk dalam rumah akibat aktiviti kunjung mengunjung.

Di saat anak-anak orang lain bersuka ria menyambut kedatangan Syawal, namun pada Syawal kali ini, seorang wanita mengalami saat-saat sukar untuk menghadap kesedihan kehilangan anak sulung yang telah meninggal dunia akibat strok haba.

Puan Wanie Iwan berkongsi cerita di laman Facebook peribadinya, pada hari raya pertama dan kedua, anaknya (Muhammad Syamil Aqil) sangat aktif bermain basikal di luar untuk pergi beraya. Namun, pada hari raya ketiga, Syamil telah mengalami demam panas serta cirit-birit. Keadaan Syamil dilihat semakin lemah pada keesokan harinya dan secara tiba-tiba dia mengalami kekejangan badan.

Advertisement

Puan Wanie dan suami terus menghantar Syamil ke klinik berhampiran dan doktor telah mencuba sedaya upaya untuk menstabilkan keadaan Syamil, namun usaha mereka tidak berhasil dan Syamil telah pergi selama-lamanya. Sanak saudara sentiasa menemani Puan Wanie sekeluarga untuk memberi sokongan moral.

Hasil keputusan ‘post mortem’, Syamil telah disahkan mengalami dehidrasi teruk dan telah mengakibatkan badannya kekeringan air dan organ dalaman Syamil seakan-akan ‘hangus’ akibat dari strok haba yang menyerang.

Puan Wanie turut menasihati ibu bapa di luar sana, buat masa sekarang jangan bagi anak bermain diluar dan sentiasa beri anak minum air secukupnya terutamanya pada musim panas ini. Takziah buat Puan Wanie sekeluarga.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

@malaysianupdatenews Anak meninggal pada Hari Raya ke-4 akibat strok haba, organ dalaman hangus. #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #strokhaba #fyp ♬ original sound – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel