Connect with us

Terkini

Lagi kes kanak-kanak meninggal akibat strok haba

KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun tujuh bulan dari Kampung Kota telah meninggal dunia pada hari Selasa lalu dipercayai terkena strok haba.

Menurut laporan yang dipetik dari Astro Awani, bapa kepada kanak-kanak itu berkata, Ahmad Faris Mohd Nasir, anaknya tunggalnya itu, Nur Imani, mula batuk sejak seminggu yang lalu dan mengalami simptom muntah-muntah beberapa hari lalu.

“Punca kematian hasil ‘post-morterm’ adalah disebabkan strok haba. Air dalam badan semua kering, paru-paru sudah kecut semua,” katanya di sini, semalam.

Jelas Ahmad Faris lagi, anaknya itu mula kritikal pada Isnin malam.

Terdahulu, katanya dia dan isteri membawa anaknya ke sebuah klinik swasta sebelum diminta menghantar ke hospital.

“Semasa dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II, keadaan anak saya lemah dan kesejukan.

Advertisement

“Namun doktor yang bertugas di unit kecemasan pada malam berkenaan hanya memberikan ubat dan meminta kami membawa pulang anak kami.

“Doktor bagi balik, saya pun tak tahu… memang niat nak suruh masuk wad sebab anak saya lembik dah,” katanya.

Katanya, keadaan anaknya semakin teruk sebelum menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 7.20 pagi Selasa.

Buat masa ini, telah terdapat dua kes kematian melibatkan strok haba di Kelantan yang mana membabitkan seorang kanak-kanak perempuan dan lelaki masing-masing berusia setahun dan 11 tahun yang meninggal dunia pada hari Selasa.

Baca:Anak meninggal pada Hari Raya ke-4 akibat strok haba, organ dalaman hangus

Advertisement

Difahamkan, hasil dari bedah siasat kanak-kanak lelaki itu mendapati organ dalaman seperti buah pinggang dan jantungnya telah rosak akibat dihidrasi yang teruk.

Kanak-kanak lelaki itu dikatakan bermain di luar rumah pada hari raya pertama ketika cuaca panas.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

@malaysianupdatenews Lagi kes kanak-kanak meninggal akibat strok haba. #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #strokhaba #fyp ♬ original sound – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel