Connect with us

Hiburan

Boy Iman ceritakan hal sebenar kes penipuan Horray X Fest

Tular baru-baru ini pelakon Boy Iman bersama tiga lagi rakannya yang lain ditahan polis kerana terbabit dalam kes penipuan penganjuran festival Horray X Fest Rayay di World Trade Centre, Kuala Lumpur.

Dalam kenyataan awalnya, Boy Iman menafikan segala dakwaan tersebut dan menegaskan dia dianiaya serta meminta orang ramai mendoakannya.

Boy Iman melalui Instagramnya tampil memberi penjelasan penuh mengenai dakwaan tersebut.

“Tujuan saya buat video ini adalah untuk menerangkan perkara sebenar dan menyangkal dakwaan-dakwaan yang banyak menceritakan yang bukan-bukanlah tentang saya kononnya saya ini scammer la, saya ni mastermind la, saya tak berubah la, saya menipu duit vendor la dan sebagainya.

Advertisement

“Saya harap dengan penjelasan dan kronologi ini, semua boleh faham mengenai apa yang telah berlaku. Sebelum ini saya tak boleh cerita sebab saya ini hanyalah pekerja. Jadi, saya perlu menghormati polisi syarikat dan dalam masa sama ada dua orang lebih tinggi daripada saya dalam carta organisasi iaitu CEO dan DM syarikat. Bila sudah menjadi kes mahkamah dan kes polis, bolehlah saya bercerita.

“Saya bukanlah penganjur Horray X Fest, saya bukan dalam Board of Director (BoD) dan tuan syarikat. Sebaliknya saya hanyalah pekerja sahaja. Jadi bila cakap macam tu, akaun syarikat saya tak boleh sentuh, saya tak terlibat dalam urusan akaun syarikat.

“Sebab semua orang, semua vendor buat transaksi ke akaun syarikat. Jadi yang ada akses kepada syarikat ada tiga orang iaitu dua Board of Director dan CEO Datuk Alif Hakim. Tapi tak guna panggil dia datuk, sebab itu semua tipu.

“Saya pergi berjumpa dengan pegawai penyiasat IPD Dang Wangi dan dia kata CEO itu tak ada gelaran Datuk dan gelaran yang digunakannya adalah tipu, dia bukan anak orang kaya. Apa yang dia ceritakan kepada saya dan kakitangan yang lain semuanya adalah tipu.

Dalam pada itu, Boy Iman juga meminta orang ramai bersabar dan menunggu video ‘part two’ di mana dia akan menunjukkan dokumen bukti untuk menyokong kenyataannya. Tonton video Boy Iman ‘part one’ dibawah.

Advertisement
@malaysianupdatenews Peniaga nasi lemak viral dihamun pelanggan. #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #nasilemak #viral #fyp #fypシ ♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel