Connect with us

Jenayah

Konon mahu berbincang tentang kes suami, Sarjan ditahan rogol suri rumah

Seorang kakitangan pusat jagaan orang tua di Kuching, membuat laporan polis selepas kerana mendakwa dia telah dirogol oleh seorang pegawai polis berpangkat sarjan.

Difahamkan, suri rumah berusia 26 tahun itu mendakwa kejadian tersebut berlaku pada bulan Januari lalu dan baru membuat laporan polis mengenainya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan pada Selasa lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri berkata, mangsa mendakwa dia mengenali suspek semasa dia kerap datang melawat suaminya yang ditahan di lokap Balai Polis Serian, bagi membantu siasatan di bawah Akta Anti-Pemerdagangan Manusia dan Anti-Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

Kekerapannya datang ke balai itu menyebabkan suspek berusia 58 tahun itu meminta nombor telefonnya dengan alasan memudahkan mereka berhubung mengenai perkembangan kes suami mangsa.

Advertisement

14 Januari kemudian, jam 10.10 malam, suspek datang ke rumah mangsa kononnya mahu mengajak berbincang mengenai kes suaminya, secara berdua sahaja. Namun di kesempatan itu, suspek mengambil peluang untuk merogol mangsa.

Kejadian kali kedua pula berlaku pada 18 Januari kira-kira jam 12 tengah malam di mana mereka melakukan hubungan intim atas kerelaan mangsa sendiri yang termakan pujukan suspek mengatakan dia sayang dan cinta kepadanya.

Bertindak di atas maklumat itu, suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Sumber: Kosmo! Online

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel