Connect with us

Terkini

Peniaga nasi lemak viral dihamun pelanggan

Tular di media sosial video menunjukkan seorang wanita berbangsa India menjual nasi lemak dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan pelbagai bangsa.

Seminggu kemudian, tular pula video menunjukkan seorang pelanggan bernama Kasthuri bertekak dengan peniaga berkenaan, Sangeetha, hanya kerana tidak sempat membeli nasi lemaknya yang telah habis dijual susulan menerima banyak sambutan pelanggan sejak videonya tular di media sosial.

Menurut seorang pengguna Twitter, JagSingh berkata, Sangeetha pada hari kejadian menjual 50 bungkus nasi lemak dan semuanya telah habis dijual.

Disebabkan masih ada saki baki lauk yang banyak, Sangeetha memaklumkan kepada pelanggan bahawa nasi lemak sudah habis dan dia hanya dapat menjual lauk sahaja sekiranya pelanggan masih mahu beratur mendapatkannya.

Advertisement

“Akak tu cakap nasi dia dah habis, tinggal lauk je. So dia memang dah inform semua customer siap-siap dan beritahu kalau nak, boleh beli lauk yang tinggal.” terjemah @HousofHilton.

“Time tu customer (Kasthuri) yang marah-marah itu datang, masuk barisan dan ada seorang lagu customer di hadapannya. Customer itu meminta ayam, dan akak itu pun attend la.

“Kasthuri salah anggap yang kakak nasi lemak itu masih jual, so dia mulalah maki akak nasi lemak itu. Siap mention satu nama yang dia kenal.

“Akak (Sangeetha) tu pula pergi call orang tu, cakaplah customer ini tengah marah-marah. Kasthuri dah pergi, tiba-tiba datang balik ke gerai tu sebab tak puas hati kenapa call orang tu. Gaduh lagi.

“Anak lelaki kepada akak nasi lemak itu tak tahan sebab customer itu maki-maki,” katanya.

Advertisement

Netizen turut mempertikaikan tindakan Kasthuri yang dikatakan memperbesarkan hal yang remeh.

“Macam ini la kalau dah viral, memang cepat habis. Beli esok je la kak dan datanglah awal sikit. Kedai nasi lemak lain banyak lagi, boleh cuba yang lain. Benda makanan tak elok nak marah-marah. Nanti akak juga yang kena viral, malu akak,” Abah Real.

Sementara itu ramai yang memuji tindakan anak Sangeetha yang tampil untuk mempertahankan tindakan ibunya daripada dimarah oleh pelanggan.

Setakat ini masih belum terdapat penjelasan lanjut mengenai insiden melibatkan gerai yang baru sahaja tular di kalangan komuniti India ini.

@ark.478 A different view of what happened. Small businesses need our support ❤️#akkanasilemakserikembangan #akkanasilemak #letsnotfight ♬ original sound – ArK

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel