Connect with us

Jenayah

Sarjan Wanita Cedera Dilanggar Lelaki Kejar Ibu Mentua

CHUKAI — Seorang anggota polis wanita cedera parah di bahu selepas motosikalnya dilanggar sebuah kereta yang dipandu secara berbahaya oleh seorang lelaki ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Hanyan Ramlan, berkata siasatan awal mendapati sebelum kejadian jam 11.30 pagi itu, pemandu berkenaan berusia 51 tahun telah bertengkar dengan ibu mentuanya, dipercayai disebabkan oleh isu perebutan harta di sebuah rumah di Jalan Dato, dekat sini.

Beliau berkata dalam pertengkaran itu, suspek telah mengeluarkan sebatang kayu dan bertindak mengetuk bonet hadapan serta bumbung kereta ibu mentuanya sehingga kemek.

“Ibu mentuanya yang ketakutan masuk ke dalam kereta dan memandu ke Balai Polis Chukai untuk mendapatkan pertolongan.

Advertisement

“Dalam perjalanan, suspek mengekori ibu mentuanya dan cuba memotong dengan cara berbahaya sehingga merempuh motosikal (ditunggang) anggota polis wanita yang datang dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan.

Hanyan berkata anggota polis berrpangkat sarjan berusia 36 tahun itu telah dikejarkan Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut.

Menurutnya suspek cuba melarikan diri selepas kejadian, namun berjaya ditahan pada jam 2.15 petang tadi di tepi jalan di kawasan Ibok, kira-kira 18 kilometer dari tempat kejadian.

“Suspek gagal melarikan diri lebih jauh kerana kereta yang dinaikinya rosak dan tersadai di tepi jalan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya, Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

Advertisement

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel