Connect with us

Terkini

Astro Awani ada bukti bahawa Hattan diberi taklimat sebelum temu bual siaran langsung

Baru-baru ini telah tular sebuah video mengenai Dato’ Hattan menempelak penyampai berita Astro Awani semasa temu bual siaran langsung.

Terbaru, telah timbul beberapa ‘suara’ di media sosial yang mendakwa bahawa Hattan tidak dimaklumkan sesi temu bual berkenaan adalah siaran langsung.

Walau bagaimanapun, penerbit eksekutif program berita tersebut, Ibrahim Sani tampil menyangkal dakwaan itu dan menjelaskan bahawa pihaknya telah memberi penerangan ringkas kepada Hattan sebelum bersiaran secara langsung.

Menurut laporan yang dipetik daripada Kosmo! Online, Ibrahim berkata dakwaan yang mengatakan pihaknya tidak memberi penerangan kepada penyanyi tersebut bahawa dia akan ditemu bual secara langsung adalah tidak benar. Bahkan, mereka mempunyai bukti yang menyatakan Hattan telah diberikan penerangan awal tentang itu.

Tambahnya lagi, “atau fakta bahawa dia memilih untuk biadab hanya kalau program dirakam dan akan bersikap sopan kalau program untuk siaran langsung,” katanya menerusi di akaun Twitter miliknya.

Terdapat sumber lain mengatakan, pihak mereka telah menghubungi Hattan pada pukul 9.22 pagi dan telah memberitahu mengenai temu bual tersebut sebelum Hattan menyuruh mereka untuk menghubunginya semula pada jam 10 pagi.

Advertisement

Sebelum ini, rakan kepada Hattan, Salimey telah tampil memaklumkan bahawa Hattan tidak tahu bahawa dia akan ditemu bual secara langsung dan dimaklum kepadanya untuk bercakap seperti biasa sahaja.

Datin Arianie, isteri kepada Hattan juga mendakwa suaminya telah menerima banyak kecaman serta dimalukan di media sosial akibat daripada insiden itu dan kini terpaksa menetapkan akaun Instagram Hattan kepada mod privasi.

Lebih teruk, terdapat juga netizen yang mengugut bunuh dan santau isteri dan anak Hattan menerusi mesej yang diterima.Sehubungan dengan itu, penyampai berita 757 dari Awesome TV berpendapat bahawa sudah lama dalam industri bukan lesen untuk menjadi biadab. Malah seluruh stesen televisyen dan media tanah air wajar menggantung atau gam Datuk Hattan susulan tindakannya yang dilihat seperti memperlekehkan profesion kewartawanan.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

@malaysianupdatenews Astro Awani ada bukti bahawa Hattan diberi taklimat sebelum temu bual siaran langsung. #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #sembangentertainment #fyp #hattan ♬ original sound – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel