Siti Bainun dipenjara 12 tahun kerana didapati bersalah mengabai dan menganiaya Bella

KUALA LUMPUR: Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd. Razali dihukum penjara 12 tahun kerana didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella.

Keputusan dibuat oleh Hakim Izralizam Sanusi selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes ini.

Mahkamah memerintahkan Siti Bainun dipenjara 10 tahun bagi pertuduhan pertama dan 12 tahun untuk kesalahan kedua dengan masing-masing bermula dari tarikh sabitan.

Selain itu, mahkamah memerintahkan semua hukuman semua hukuman penjara berjalan serentak.

Advertisement

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan telah dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, ketika membacakan keputusan itu dalam mahkamah yang penuh sesak dengan orang awam, Izralizam mengemukakan lapan alasan bahawa tertuduh bersalah dan antaranya keterangan mangsa tercedera akibat air panas adalah keterangan hearsay (dengar cakap).

“Mahkamah mendapati kecederaan Bella bukan setakat air panas seperti dikatakan pembelaan, malah pakar perubatan merumuskah mangsa mempunyai banyak kecederaan pada tubuhnya,” kata hakim bicara di dalam laporan yang dipetik daripada Utusan.

Beliau kemudian menyatakan bahawa mahkamah berpuas hati dengan hujah pendakwaan yang menyatakan mangsa dianiaya di bawah penjagaan tertuduh.

Advertisement

Laporan yang dipetik daripada Harian Metro, pada 9 Mac lalu, kes pembelaan Siti Bainun ditutup apabila peguamnya Mohammad Farhan Maaruf memaklumkan kepada mahkamah kesemua lapan saksi selesai memberi keterangan.

Mahkamah kemudian memerintahkan pihak-pihak memfailkan hujahan bertulis pada 7 April lalu manakala 14 April bagi hujahan balas sebelum memutuskan tarikh keputusan hari ini.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria dan Shakira Aliana Alias sepanjang perbicaraan itu.

Siti Bainun yang mengaku tidak bersalah menghadapi perbicaraan bermula 30 Mac 2022 dan antara saksi pendakwaan yang dipanggil untuk memberi keterangan termasuk mangsa iaitu Bella; pengadu, Zurianty Sudin; bekas penghuni Rumah Bonda, Yasmin Nahar Mahmood; pakar psikiatri, Dr Wan Asyikin Wan Azlan dan pakar bedah plastik, Dr Salmi Mohamed Shukur.

Pada 24 November 2022 lalu, Siti Bainun diperintah membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan.

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

@malaysianupdatenews Siti Bainun didapati bersalah mengabai dan menganiaya Bella. #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #sitibainun #justiceforbella #fyp ♬ original sound – Malaysian Update

Advertisement
Nur Damia

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago