Connect with us

Kemalangan

‘Kalau saya tiada, simpan saya sebelah suami’ – Pasangan guru tewas gara-gara pemandu lori tiada lesen U-turn melulu

Pasangan yang berjanji sehidup semati menemui ajal bersama setelah keduanya maut dalam satu kemalangan di Kilometer 7.6 Jalan Kangar – Padang Besar pada pukul 3.45 petang semalam.

“Kalau kata (ditakdirkan) saya meninggal dunia, simpan (kebumi) saya di samping suami”.

Itulah hasrat dizahirkan seorang guru, Haida Sofina Ahmad Safri, 28, secara berseloroh kepada ahli keluarganya ketika Aidilfitri lalu, seperti dilapor Harian Metro.

Allahyarham Haida Sofina Ahmad Safri, 28, dan suaminya, Mohd Nazri Khalid, 32, yang berasal dari Pulau Langkawi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian setelah motosikal yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori yang membuat pusingan U dari arah bertentangan.

Advertisement

Kemalangan maut melibatkan pasangan suami isteri di KM7.6 Jalan Kangar – Padang Besar petang semalam.

Difahamkan Allahyarham Haida adalah guru prasekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan Khas Perlis yang baharu bertugas di negeri ini.

Pasangan yang berasal dari Langkawi ini dikatakan mendirikan rumahtangga pada Disember 2021 dan masih belum menimang cahaya mata.

Menurut ayah Allahyarham Haida, Ahmad Safri dalam Facebook (FB), jenazah anak dan menantunya disembahyangkan di masjid Temonyong, Langkawi dan dikebumikan di tanah perkuburan masjid berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, berdasarkan siasatan awal pihaknya mendapati pemandu lori berkenaan yang dari arah Padang Besar ke Kangar telah membuat pusingan U untuk menghala balik ke Padang Besar.

Advertisement

“Kedua mangsa yang menaiki motosikal dari arah Kangar tidak sempat mengelak lalu melanggar belakang lori berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya, mayat kedua-duanya telah dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar untuk bedah siasat.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati pemandu lori berkenaan juga tidak mempunyai lesen memandu.

“Setakat ini pemandu berusia 67 tahun itu tidak ditahan kerana faktor umur serta mempunyai masalah kesihatan dan pendengaran,” katanya.

Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian di mana membawa hukuman penjara minimun dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM50,000 dan tidak lebih RM20,000 jika disabitkan kesalahan.

Advertisement

Terdahulu, dalam kejadian semalam, pasangan suami isteri dilaporkan maut selepas motosikal dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori satu tan yang membuat pusingan U secara melulu di Kilometer (KM) 7.6 Jalan Kangar-Padang Besar berhampiran simpang Alor Sena, Paya, Beseri, Padang Besar. – Malaysian Update

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel